Korporat
LEMBAGA TABUNG HAJI SUMBANG VAN JENAZAH
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Van Jenazah untuk kegunaan masyarakat setempat khususnya sekitar Guar Chempedak, Kedah. Majlis tersebut telah berlangsung di Pusat Khidmat Parlimen Jerai, Guar Chempedak dan dihadiri oleh YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Lembaga Tabung Haji terima Anugerah Abdul Rahman Auf
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima menerima Anugerah Khas Abdul Rahman Auf daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) ekoran komitmennya menunaikan zakat perniagaan termasuk menguruskan wakalah agihan, untuk tahun 2018.
LEMBAGA TABUNG HAJI UMUM PEMENANG PERTANDINGAN FOTOGRAFI "KENANGAN ABADI TANAH SUCI"
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Fotografi yang bertemakan "Kenangan Abadi Tanah Suci". Pertandingan yang julung-julung kalinya diadakan ini adalah dengan kerjasama strategik Harian Metro sempena sambutan Jubli Emas TH.
MAJLIS AMANAT PENGARAH URUSAN KUMPULAN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TABUNG HAJI
Sempena persediaan terakhir operasi musim Haji 1433H, satu majlis amanat kepada petugas haji telah disempurnakan oleh Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji di DewanTabung Haji yang dihadiri seramai 300 Petugas.
Dalam ucapannya, Dato' Paduka Ismee menyatakan pihak Pengurusan Kanan Tabung Haji telah membuat perancangan dan persiapan yang rapi bagi menempuh musim haji tahun ini dengan mengambilkira peraturan-peraturan baru serta perkembangan infrastruktur terkini di kota suci Makkah dan Madinah.
Majlis Anugerah Cemerlang Universiti Malaya (ACUM) 2023
SELANGOR, 23 April 2024 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menerima anugerah Penyumbang Berimpak Tinggi di Majlis Anugerah Cemerlang Universiti Malaya (ACUM). Canselor Universiti Malaya, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak telah berkenan menyampaikan anugerah tersebut kepada Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Tuan Syed Hamadah Syed Othman di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara.