Korporat
Penyerahan Sumbangan Malam Wartawan Malaysia 2018
Tabung Haji hari ini menyerahkan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Malaysian Press Institute sempena Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2018 yang bakal diadakan pada 13 Julai 2018 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.
Tuan Haji Hisyam Samad, Pengurus perhubungan Media mewakili TH bagi menyerahkan Mock Cheque sumbangan kepada YBhg. Datuk Dr. Chamil Wariya, Pengerusi Bersama MWM 2018 / Ketua Pegawai Eksekutif MPI.
Penyerahan Zakat Berjumlah RM2,082,343.25 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
SABAH, 19 Ogos 2024 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, memberikan penyerahan zakat berjumlah RM2,082,343.25 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Serahan zakat disampaikan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Mokhtar, Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu, Sabah.
Penyerahan Zakat TH Bagi Negeri Selangor Berjumlah RM28,421,099.74
SELANGOR, 4 April 2024: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan serahan zakat TH bagi negeri Selangor berjumlah RM28,421,099.74. TH diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar menyerahkan replika cek serahan zakat TH Selangor bagi tahun kewangan 2023 kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Penyerahan Zakat TH bernilai RM7,170,596.71 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Perak (MAIPk)
KUALA LUMPUR, 4 Julai 2022: Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyerahkan zakat TH bernilai RM7,170,596.71 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Perak (MAIPk) di Istana Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur.
Dalam majlis tersebut, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM11.8 juta daripada 10 syarikat korporat untuk MAIPk.
PENYERAHAN ZAKAT TH KEPADA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat berjumlah RM15,130,379.28 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Lembaga Zakat Selangor dalam satu majlis ringkas di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor. Pembayaran zakat TH bagi negeri Selangor ini mencatat peningkatan sebanyak 2.65% berbanding RM14,739,426.67 (2015).
Zakat ini dipersembahkan oleh YBhg. Dato’ Adi Azuan Abdul Ghani, Ketua Pegawai Operasi TH ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor.
Penyerahan Zakat TH kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
KOTA KINABALU, 13 September 2023 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM1,837,917.79 bagi tahun kewangan berakhir 2022 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di Istana Seri Kinabalu. Majlis serahan zakat TH diadakan sempena kunjungan hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr Hj Mohd Na’im bin Hj Mokhtar kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Hj Juhar bin Datuk Hj Mahiruddin.
PENYERAHAN ZAKAT TH NEGERI SEMBILAN 2016
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyerahkan zakat berjumlah RM2,040,443.38 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan dalam satu majlis ringkas di Klana Resort, Seremban, hari ini.
PENYERAHAN ZAKAT TH PAHANG
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat berjumlah RM2,809,096.64 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang dalam satu majlis ringkas di pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Pekan, Pahang.
PENYERAHAN ZAKAT TH PERLIS 2016
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyerahkan zakat berjumlah RM600,527.89 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dalam satu majlis ringkas di Istana Arau, Perlis, hari ini.