Korporat
TH BANTU PELAJAR MELALUI PROJEK IQRA' DI PAHANG
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyampaikan agihan zakat pendidikan bernilai RM141,000 kepada 282 orang pelajar daripada 20 buah sekolah dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Projek Iqra' Tahun 2014 bagi Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Dewan Al-Biruni 1, UiTM Pahang telah disempurnakan oleh YBhg. Haji Dato' Mohyen Mosman, Pengarah TH Negeri Pahang.
TH BANTU PELAJAR MELALUI PROJEK IQRA' DI SABAH
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyampaikan agihan zakat pendidikan bernilai RM70,000 kepada 140 orang pelajar daripada enam buah sekolah dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Projek Iqra' Tahun 2014 bagi Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Dewan Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort 3 telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Nurlaila Said, PengarahTH Negeri Sabah.