Korporat
TH Kerjasama Dengan UTP Bina e-Learning Haji
Kuala Lumpur, 14 Mac 2022 - Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini menandatangani perjanjian kerjasama dengan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) untuk membangunkan sistem e-Learning Haji.
Kerjasama ini menggandingkan kepakaran pihak Universiti dengan pengalaman pengendalian haji TH di peringkat dunia.
TH Komited Selesai Isu Visa Bakal Jemaah Haji
Satu Bilik Maklumat BH/BV bagi menyalurkan informasi terkini kepada para jemaah yang terlibat telah disediakan di bilik Seri Setia, Tingkat 1, Kompleks Haji (bersebelahan Kafetaria TH) yang beroperasi 24 jam. Talian khas: 03 – 7873 6297 atau 013-8068099.
TH Laksana Program Gotong-Royong Masjid
KOTA BELUD, 17 Julai 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menganjurkan program gotong-royong di Masjid Jamek Al-Hashim yang melibatkan seramai lebih 100 orang terdiri daripada anggota TH Negeri Sabah, ahli jawatankuasa masjid serta ahli komuniti daerah Kota Belud.
TH LANCAR DANA BUMIPUTERA AL-ANSAR
Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, hari ini melancarkan Dana Bumiputera Al-Ansar sebanyak RM200 juta, inisiatif baharu Lembaga Tabung Haji (TH) dalam memperkasa dan meningkatkan ekonomi para usahawan Bumiputera Muslim di Malaysia.
Pelancaran Dana ini merupakan usaha TH dalam membantu para usahawan Bumiputera Muslim memperoleh kemudahan pembiayaan kredit bagi tujuan mengembang dan mengukuhkan lagi perniagaan mereka. Inisiatif ini juga sejajar dengan matlamat TH untuk memperkasa ekonomi Ummah negara.
TH LANCAR PRODUK HIBAH AMANAH
Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini melancarkan produk terbaharunya, “Hibah Amanah” khusus kepada lebih 9 juta pendeposit negara. Pelancaran produk ini disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di Ibu Pejabat TH, Jalan Tun Razak.
Menurut YB Dato' Seri Jamil Khir, Islam telah menggariskan panduan yang lengkap kepada umatnya mengenai urusan pembahagian harta supaya hal ehwal kebajikan ahli keluarga terpelihara semasa masih hidup ataupun selepas meninggal dunia.
TH LANCAR PROGRAM MASJID ANGKAT (M2M)
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini melancarkan Program Masjid Angkat M2M (Mosque to Mosque) yang julung-julung kalinya diadakan sebagai khidmat kepada komuniti setempat. Program yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula dari 24 April hingga 26 April 2015 bertempat di Masjid Mukim Tebing Tinggi, Kampung Kusial Baru, Tanah Merah.