Wakalah

Terma & Syarat Wakalah
- Syarat menjadi ahli
	- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
 
- Jenis Akaun
	- Akaun Dewasa
		- Akaun simpanan bagi pendeposit yang berumur 18 tahun dan ke atas.
 
- Akaun Kanak-Kanak di Bawah Penjaga
		- Akaun simpanan bagi pendeposit yang berumur di bawah 18 tahun.
- Akaun ini hendaklah dikawalselia oleh penjaga.
 
 
- Akaun Dewasa
		
- Wakalah
	- Pendeposit melantik TH sebagai wakil untuk menguruskan wangnya dalam akaun TH tanpa terikat dengan apa-apa terma selain yang ditetapkan dan selaras dengan Akta Tabung Haji 1995.
- Pendeposit boleh menyimpan dan mengeluarkan wang daripada akaun TH selaras dengan Akta TH dan selaras dengan Peraturan-Peraturan Tabung Haji (Deposit dan Pengeluaran), sebarang pindaan serta prosedur yang telah ditetapkan di TH.
- 
		Pendeposit menerima agihan keuntungan aktiviti pelaburan TH setelah ditolak kos pengurusan TH, kos Haji dan zakat tertakluk sentiasa kepada TH memenuhi keperluan-keperluan berkaitan di bawah Akta Tabung Haji 1995. 
 
Soalan Lazim
Soalan-soalan lazim berkaitan akuan TH berkonsepkan Wakalah (bermula pada 31 Disember 2019).
| 
 | SOALAN | JAWAPAN | 
|---|---|---|
| 1 | Apakah maksud Wakalah? | Wakalah bermaksud seseorang (Muwakkil) melantik satu pihak yang lain (Wakil) sebagai wakilnya untuk mengendalikan urusannya. | 
| 2 | Adakah Wadiah Yad Dhamanah sebagai simpanan manakala Wakalah sebagai pelaburan? | Konsep WadiahYad Dhamanah dan Wakalah boleh digunakan untuk tujuan simpanan dan dana simpanan boleh dilaburkan. | 
| 3 | Mengapakah kontrak Syariah bagi akaun TH diubah kepada Wakalah? | Menerusi kontrak wakalah pendeposit berpeluang mendapat nilai tambah dan manfaat lain di bawah kontrak wakalah di samping kemudahan sedia ada terus kekal dinikmati. | 
| 4 | Kenapa TH melaksanakan kontrak ini pada masa ini? | TH sentiasa berusaha untuk menambahbaik perkhidmatannya dengan melaksanakan pembaharuan dan penstrukturan. | 
| 5 | Adakah kontrak baharu ini adalah salah satu langkah TH dalam penstrukturan terbaharu TH? | Ya. | 
Siaran Akhbar
Pautan kepada siaran akhbar bertajuk "Akaun Wakalah TH Memberi Lebih Nilai Tambah Dan Manfaat Kepada Pendeposit".
 
          