Rayuan Haji

Jawapan

Semua mereka yang membuat rayuan haji dinasihatkan mengisi borang rayuan haji yang boleh diperoleh di semua kaunter TH atau boleh dimuat turun dengan klik disini.

Jawapan

Perayu perlu mengisi borang rayuan setiap seorang walaupun perayu merupakan suami isteri. Permohonan rayuan haji boleh dihantar secara bersama dan diserahkan sendiri atau menerusi wakil ke mana-mana pejabat atau cawangan TH.

Jawapan

Perlukah saya mengisi borang ini sekarang? Surat rayuan haji yang telah diterima dan diserahkan kepada TH sebelum ini akan tetap diproses dan dipertimbangkan dalam proses pemilihan Jemaah haji bagi Musim Haji 1441H/2020M. Namun, adalah digalakkan agar perayu dapat mengisi borang rayuan haji untuk membantu proses pemilihan tersebut.

Jawapan

Tiada tarikh akhir serahan borang rayuan haji. Perayu dinasihatkan untuk mengisi borang permohonan rayuan haji dah meyerahkan sendiri atau menerusi wakil ke mana-mana pejabat atau cawangan TH dalam waktu terdekat ini.

Jawapan

Borang rayuan ini adalah salah satu usaha penambahbaikan TH kerana ia lebih seragam dan dapat mempertingkatkan proses rayuan haji bagi jemaah haji yang ingin menunaikan haji.

Jawapan

Bayaran haji bagi Jemaah haji kali pertama menunaikan haji dan mereka yang berjaya dalam rayuan haji masih kekal pada RM9,980 seperti tahun-tahun sebelum ini. Namun demikian, seperti mana bakal haji yang Terpilih tahun semasa, bagi kes rayuan yang berjaya mereka juga boleh secara sukarela memilih untuk membayar kos haji penuh sebanyak RM22,900 untuk tunai haji secara Muassasah dengan menyatakan pilihan tersebut dalam borang rayuan haji masing-masing.

Jawapan

Tidak. Keutamaan pemilihan akan diberi kepada mereka yang membuat rayuan mahram, lanjut usia serta pembantu lanjut usia dan mereka yang telah terpilih pada tahun sebelum ini namun terpaksa menangguh pemergian haji. Pertimbangan juga diberi kepada mereka yang giliran menunaikan haji adalah pada tahun berikutnya (Contoh: Tahun semasa ialah 1441H/2020M, manakala tahun giliran tunai haji ialah tahun berikutnya 1442H/2021M).

Jawapan

Ya, pendeposit TH yang sudah mendaftar haji dan masih menunggu giliran mereka sampai, boleh membuat rayuan haji.

Jawapan

Tidak. Rayuan haji yang telah diluluskan tidak akan dibatalkan jika perayu memilih untuk membayar RM9,980. Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, TH telah pun memberi pilihan kepada Jemaah Haji Muassasah untuk membayar kos haji penuh. Dan jika mereka tidak memilih untuk membayar penuh, bayaran haji kekal pada RM9,980.

Jawapan

Semua rayuan yang diterima akan diberi pertimbangan sewajarnya sebelum sebarang keputusan dibuat.

Jawapan

Borang yang telah dilengkapkan boleh diserahkan sendiri atau menerusi wakil ke mana-mana pejabat cawangan TH.

Jawapan

Keutamaan pemilihan akan diberi kepada mereka yang membuat rayuan mahram, lanjut usia serta pembantu lanjut usia dan mereka yang telah terpilih pada tahun sebelum ini namun terpaksa menangguh pemergian haji. Pertimbangan juga diberi kepada mereka yang giliran menunaikan haji adalah pada tahun berikutnya (Contoh: Tahun semasa ialah 1441H/2020M, manakala tahun giliran tunai haji ialah tahun berikutnya 1442H/2021M).

Jawapan

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Jemaah haji kali kedua yang terpilih menunaikan haji akan membayar kos haji penuh sebanyak RM22,900.

Jawapan

Ya, benar. TH telah memperkenalkan borang rayuan haji bermula Musim Haji 1441H/2020M ini, yang dikeluarkan mulai 28 Januari 2020.

Jawapan

Tidak benar. Rayuan haji yang berjaya diberikan pilihan secara sukarela untuk memilih samada membayar penuh atau RM9,980 seperti tahun-tahun sebelum ini.