TH Komuniti

Pengenalan

Selaras dengan saranan kerajaan untuk “Merakyatkan Perkhidmatan”, TH telah melancarkan Perkhidmatan Bergerak TH Komuniti untuk kemudahan para pendeposit TH mendapatkan perkhidmatan TH, khususnya masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar atau jauh dari pejabat TH Cawangan.

  

Inisiatif ini juga merupakan tanda sokongan terhadap usaha kerajaan untuk merakyatkan perkhidmatan melalui ‘Program Mobile Community Transformation Centre (MOBILE CTC)’ iaitu perkhidmatan bergerak yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan untuk penduduk luar bandar.

Perkhidmatan bergerak TH Komuniti telah dilancarkan pada 16 Jun 2016 oleh Pengerusi TH, YB Datuk Seri Panglima Haji Abdul Azeez Abdul Rahim di Sungai Besar, Selangor. Manakala pelancaran kedua dilakukan oleh YB Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 16 Julai 2016 di Guar Cempedak Kedah.

Waktu Operasi 

Berikut ialah waktu operasi bagi kemudahan TH Komuniti:

Hari : Isnin – Ahad
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
(tertakluk kepada keperluan operasi)

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Simpanan dan pengeluaran wang tunai
  • Pembukaan akaun baru TH
  • Pendaftaran haji
  • Gantian buku akaun simpanan
  • Kemaskini maklumat
  • Pertukaran akaun kanak-kanak ke dewasa.
  • Permohonan Pin Mailer (e-THiJARI)
  • Permohonan penyata akaun
  • Potongan gaji