Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Musim Haji 1440H|2019M peringkat Negeri Melaka.
YB Datuk Mohd Sofi Abd Wahab, Timbalan Pengerusi, Majlis Agama Islam Melaka, telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji yang berlangsung selama dua hari (22-23 Jun 2019) bertempat di Universiti Teknikal Melaka.
Kursus ini melibatkan kira-kira 1,500 orang peserta seluruh negeri Melaka. Kursus Perdana ini dilaksanakan dengan tujuan untuk melahirkan jemaah haji yang berpengetahuan serta berkeyakinan ketika melaksanakan ibadat haji.