Majlis Perasmian Sesi Penilaian Prestasi Operasi Haji Musim Haji 1438 Hijrah

Haji
Khamis, 7 Disember 2017

Majlis Perasmian Sesi Penilaian Prestasi Operasi Haji Musim Haji 1438 Hijrah yang diadakan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Selangor, dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Johan bin Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH. 


Sesi tersebut adalah salah satu inisiatif penambahbaikan TH dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para Jemaah Haji bagi operasi akan datang yang berdasarkan pengalaman perjalanan haji bagi musim ini.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah YBhg. Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH; Dato’ Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan (Haji), wakil pengurusan dan anggota-anggota TH.