Haji
TH Anjur Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Selangor & Majlis Persembahan Zakat TH 2018
Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini menganjurkan Majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji Bagi Musim 1440H/2019M Peringkat Negeri Selangor. Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan mencemar duli untuk hadir di majlis tersebut yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.