Serahan TH Khairat Kepada Waris Lima Jemaah Haji Malaysia
KUALA LUMPUR, 17 Julai 2025 - Lembaga Tabung Haji (TH) bersama Takaful Malaysia baru-baru ini telah menyampaikan manfaat tuntutan TH Khairat kepada waris lima jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci. Setiap waris menerima manfaat takaful sebanyak RM24,000, iaitu dua kali ganda daripada jumlah asal. Penyerahan ini merupakan salah satu usaha berterusan TH dalam menjaga kebajikan para pendeposit serta keluarga mereka, terutama dalam saat-saat yang sukar.