Majlis Penutupan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1439H/2018M

Korporat
Putrajaya
Jumaat, 6 April 2018

YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri telah menyempurnakan Majlis Penutupan dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1439H/2018M.

Pada majlis yang sama, YAB Timbalan Perdana Menteri turut melancarkan aplikasi smart Quran.

Majlis ini turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH dan Tuan Haji Mohamad Abas, Pengarah TH Wilayah Persekutuan.

Peserta Qari dari Kelantan, Encik Abdullah Fahmi bin Che Nor @ Shukri dan peserta Qariah Melaka, Puan Suhailah binti Zulkifly telah menjadi Johan Qari dan Qariah bagi tahun ini dengan membawa pulang Proton Ertiga tajaan TH, wang tunai, piala pusingan dan lain-lain.