
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, kontijen TH yang terdiri daripada Pengerusi TH, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif, Barisan Pengurusan TH dan warga TH menyertai Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang bertempat di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M. Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan pada tahun ini bertemakan 'Membangun Ummah MADANI' itu.
Semoga sambutan Maal Hijrah tahun ini membawa sinar baharu kepada umat Islam dalam menghayati semangat kesepaduan ummah sebagaimana yang diasaskan Rasulullah SAW di Madinah. Insya-Allah.
