
KUALA LUMPUR, 3 Oktober 2025 - Lembaga Tabung Haji ((TH) komited dalam memperkukuhkan tadbir urus syariah yang mampan dan berimpak tinggi, TH bersama-sama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menganjurkan Muzakarah Sekretariat Syariah GLIC 2025 kali ke-3 di Royal Chulan Damansara, baru-baru ini.
Pengisian Muzakarah kali ini antaranya termasuklah sesi pembentangan dan forum interaktif yang menampilkan barisan panel dari GLIC terlibat. Topik perbincangan merangkumi isu-isu semasa serta hala tuju pemerkasaan pematuhan Syariah dalam ekosistem kewangan dan pelaburan negara.
Penganjuran Muzakarah ini merupakan suatu usaha untuk memperkukuh peranan institusi kewangan Islam dalam memastikan tadbir urus yang patuh Syariah, selain turut membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman yang bermanfaat antara GLIC terlibat demi kepentingan rakyat.
