Pendeposit Mengemaskini Buku Akaun TH

Simpanan
Kuala Lumpur
Isnin, 12 Februari 2018

Kaunter-kaunter Lembaga Tabung Haji (TH) seluruh negara hari ini, mula dipenuhi para pendeposit TH yang datang mengemaskini buku akaun mereka bagi menyemak pengkreditan Hibah Tahunan TH 2017.  

Semakan juga boleh dilakukan di kaunter-kaunter rakan strategik TH seluruh negara seperti Bank Islam dan Bank Rakyat, selain di mesin ATM dan portal internet Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamik (Maybank2u) serta Portal Internet TH (THiJARI) dan aplikasi mobile (THiJARI).