TH Anjur Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-34, 1439H

Korporat
Bayan Lepas
Isnin, 20 November 2017

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Perasmian Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali ke-34, bertempat di TH Hotel Pulau Pinang, Bayan Lepas. Majlis perasmian ini disempurnakan oleh YB. Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Muzakarah Haji yang berlangsung selama empat hari bermula dari 19 sehingga 22 November 2017 ini diadakan bagi memberi peluang kepada lebih daripada 500 para ilmuan agama dan pembimbing ibadah haji berkongsi ilmu serta menetapkan keseragaman hukum-hakam dan mencari penyelesaian terbaik berkaitan ibadah haji, umrah dan ziarah demi kepentingan Jemaah Haji Malaysia.

Turut hadir pada perasmian ini, YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH; YBhg. Dato’ Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan (Haji) TH; Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Haji Farizan Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Ahli-ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadah Haji.