TH, Bangi Gateway Medical & Medic IG Holdings Meterai Perjanjian Jual Beli Hartanah Bernilai RM135 Juta

Korporat
Kuala Lumpur
Isnin, 4 Disember 2017

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menandatangani perjanjian jual beli hartanah bernilai RM135 juta dengan Bangi Gateway Medical Sdn Bhd dan Medic IG Holdings Sdn Bhd. Perjanjian yang dimeterai ini merupakan salah satu daripada pelaburan strategik TH dalam sektor hartanah.

Perjanjian jual beli dan pajakan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Johan bin Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH; YBhg. Dato’ A. Rahman Safar, Pengarah Bangi Gateway Medical Sdn Bhd dan Encik Mohd Adam Mohd Said, Pengerusi Medic IG Holdings Sdn Bhd.

Majlis menandatangani perjanjian jual beli dan pajakan ini juga telah disaksikan oleh YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH, Tan Sri Dato’ Paduka Badruddin Amiruldin, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin dan Encik Shaharom Md Shariff, Pengarah Urusan Medic IG Holdings Sdn Bhd.