
PUTRAJAYA, 16 JULAI - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Pengurusan TH dan anggota TH menyertai Perhimpunan Agensi dan Amanat Menteri Di JPM (HEA) di Auditorium Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Putrajaya.
Di dalam amanatnya, YB Menteri menyeru kalangan warga agensi agar sama-sama kita memohon kekuatan daripada Allah SWT supaya terus dikurniakan kesihatan, kemudahan dan petunjuk dalam memikul amanah besar ini. Sesungguhnya, tugasan kita bukan semata-mata kerjaya atau jawatan tetapi medan bakti dan ibadah yang akan dipersoalkan di hadapan-Nya kelak.
Sebelum majlis bermula, YBrs. Tuan Haji Mustakim Mohamad, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH dan YBrs. Tuan Haji Namanzee Harris, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Hijrah Media Corporation telah dijemput sebagai panel Forum Al Falah Madani dengan tajuk “ Islam Mekar di Bumi Malaysia : Transfomasi Agensi Hal Ehwal Agama ke Arah Membangun Ummah Madani.
