
PUTRAJAYA, 8 Oktober 2025 - Lembaga Tabung Haji (TH) buat julung kalinya menganjurkan Persidangan Serantau Manasik Haji yang menghimpunkan peserta dari negara serantau dan tempatan bagi membincangkan isu hukum-hakam ibadat haji serta penerapan teknologi baharu dalam bimbingan haji.
Bertemakan “Bimbingan Haji Dalam Era Kecerdasan Buatan (AI)”, sebanyak 50 kertas kerja telah dibentangkan sepanjang persidangan ini. Persidangan ini juga diadakan serentak dengan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK) ke-42 dan telah berlangsung selama tiga hari di Hotel DoubleTree by Hilton, Putrajaya.
TH terus komited memperkasa bimbingan haji melalui penyelidikan, inovasi serta pemantapan kursus asas dan lanjutan bagi melahirkan jemaah haji yang berilmu, beriman dan bertaqwa.
