TH Bayar RM 4.8 Juta Kepada Majlis Agama Islam Kelantan

Korporat
Kota Bharu
Ahad, 15 April 2018

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membayar zakat berjumlah RM 4,801,740.41 bagi tahun kewangan berakhir 2017 kepada Majlis Agama Islam Kelatan dalam satu majlis ringkas di Istana Kota Lama, Kota Bharu, Kelantan.

YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH telah mempersembahkan bayaran zakat kepada Duli Yang Maha Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan. Pembayaran zakat TH bagi negeri Kelantan ini mencatatkan peningkatan sebanyak 12.96% berbanding RM 4,250.828.88 (2016).

Turut hadir pada majlis tersebut adalah YBhg. Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abd Hadi Timbalan Yang Di Pertua MAIK, Encik Rusydee bin Abdullah Setiausaha MAIK, Tuan Haji Wahyudin bin Tamami Pengarah TH Negeri Kelantan dan para pegawai Majlis Agama Islam Kelantan serta anggota TH.