Majlis Graduasi SL1M TH Siri 8

Korporat
Kuala Lumpur
Khamis, 12 April 2018

Seramai 109 orang pelatih SL1M Tabung Haji daripada 354 orang hari ini diraikan dalam satu majlis graduasi oleh YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH di Dewan Besar TH, Kuala Lumpur.

Turut hadir menyerikan majlis ini adalah YBhg. Dato' Badlisyah Abdul Ghani, YBhg. Datuk Adi Azuan Abdul Ghani, YBhg. Dato' Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Pengurusan TH. 

Majlis diceriakan dengan persembahan SL1M8 dan sesi ramah mesra oleh YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah.