Korporat
Khamis, 23 April 2015
Lembaga Tabung Haji (TH) menganjurkan “Program Latihan Untuk Guru-Guru Bahasa Inggeris” untuk sekolah angkatnya di Sabak Bernam baru-baru ini.
Program sehari ini mendedahkan para guru terlibat kepada teknik pembelajaran terkini yang efektif dalam memastikan pengajaran subjek tersebut lebih berkesan semasa di bilik darjah. Pada masa yang sama, program yang dilaksanakan dengan menggunakan kaedah interaktif dan kreatif bertujuan meningkatkan pedagogi pengajaran dan kemahiran para guru selain bertujuan memberi inspirasi serta meningkatkan keyakinan guru dalam pengajaran bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar mereka.