MATA Awards 2017

Korporat
Kuala Lumpur
Selasa, 30 Januari 2018

Lembaga Tabung Haji ( TH ) hari ini menerima pengiktirafan sebagai Syarikat Paling Mampan Tahun 2017 ( Sustainable Company of The Year ) di Majlis Anugerah Pencapaian Terbaik Malaysia 2017 (MATA Awards 2017) yang telah berlangsung di The Royale Chulan Kuala Lumpur.

YBhg Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh YBhg Dato' Faizul Arby Mohd Sohor mewakili YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

MATA Awards 2017  ini dianjurkan oleh Biro Pekerja Muda (BPM), untuk mengiktiraf organisasi Malaysia yang mempunyai pencapaian terbaik serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia.

Majlis ini juga turut disertai oleh YBhg Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH ,  YBhg Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Haji, Tuan Haji Abd Kadir Sahlan, Ketua Pegawai Pelaburan dan Pengurusan Kanan TH.