Operasi Haji 1438H Berjaya & Program Sahabat Korporat TH

Korporat
Kuala Lumpur
Selasa, 28 November 2017

Operasi Haji 1438H/2017M dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil daripada hubungan erat dan kerjasama padu yang diberikan oleh pelbagai pihak kepada Lembaga Tabung Haji (TH) terutamanya pihak Kerajaan. 

YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B) berkata, terima kasih dan syabas kepada para petugas haji Tanah Air dan Tanah Suci yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan operasi haji kali ini berjalan dengan lancar tanpa insiden besar yang menggangu perjalanan ibadat para jemaah haji.