Sila baca dan fahami Prosedur Whistleblowing kami sebelum menghantar pendedahan anda.
Prosedur Whistleblowing Polisi Tabung Haji (TH)
Pada tahun 2010, TH menguatkuasakan Polisi Pendedahan Maklumat tentang salahlaku di tempat kerja (“Whistleblowing Policy“) bagi memudahkan anggota TH atau orang awam melaporkan perlanggaran tatakelakuan atau integriti. Ianya merupakan medium kepada Pemberi Maklumat untuk membuat laporan secara berstruktur kepada TH bagi menjamin identiti Pemberi Maklumat dilindungi dan dirahsiakan.
Anngota TH dan orang awam boleh membuat pendedahan tentang salah laku atau perlanggaran integriti seperti penipuan, rasuah, penyelewengan kewangan yang serius dan salahguna kuasa seseorang yang telah dilakukan /bakal dilakukan oleh seseorang yang dilantik dalam TH berdasarkan prosedur yang dinyatakan dalam dokumen ini.
Saluran Pelaporan
Pendedahan boleh disalurkan melalui mana-mana saluran berikut dan segala maklumat yang diterima akan dianggap sulit :
- Emel : whistle@lth.gov.my
- Secara bertulis kepada:
BAHAGIAN INTEGRITI DAN PROJEK KHAS,
Lantai 15, Menara TH Tun Razak
201, Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
- Menghubungi talian 03-2054 3317 dari Isnin hingga Jumaat pada waktu pejabat (8.00 pagi hingga 5.00 petang).
- Hadir ke pejabat Ketua Pegawai Integriti dan Projek Khas/ Bahagian Integriti dan Projek Khas.
Pemberi Maklumat
Bagi memastikan TH dapat memberi perlindungan kepada Pemberi Maklumat berdasarkan polisi ini dan untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pendedahan tersebut, Pemberi Maklumat perlulah mengemukakan identiti seperti di bawah:
- Nama;
- No. Kad Pengenalan; dan
- No. Telefon untuk dihubungi-Pejabat/ Telefon Bimbit/ Rumah
Identiti Pemberi Maklumat dilindungi dan dirahsiakan.
Skop Pelaporan
Apa-apa kelakuan yang tidak wajar (salah laku atau kesalahan jenayah) termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
- Rasuah dan penipuan.
- Kesalahan jenayah.
- Penyalahgunaan dana atau aset TH.
- Salahguna kuasa yang serius dalam TH.
- Penyelewengan kewangan atau pelanggaran peraturan kewangan yang serius dalam TH.
- Ketidakpatuhan kepada Akta TH 1995, Kaedah Am dan Peraturan-peraturan.
- Tindakan/ pengabaian yang membahayakan kesihatan dan keselamatan Warga TH, orang ramai atau alam sekitar.
- Dengan sengaja mengarahkan atau menasihati seseorang untuk melakukan mana-mana satu daripada perkara di atas.
Kandungan Pendedahan Maklumat
Kandungan pendedahan maklumat adalah seperti berikut :
- Nama Orang yang dikatakan Pesalah Laku;
- Keterangan tentang Insiden yang Didakwa Berlaku;
- Waktu kejadian;
- Tarikh kejadian;
- Maklumat lain yang berkenaan;
- Bukti sokongan(jika ada) ;
Maklumat yang diterima adalah bertaraf SULIT.
Perlindungan
Pemberi maklumat akan diberikan perlindungan di bawah polisi ini dengan syarat bahawa pendedahan yang dibuat adalah benar dan jujur. Perlindungan Pemberi Maklumat termaktub di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).
Perlindungan pemberi maklumat boleh terbatal sekiranya:
- Pemberi maklumat mengambil bahagian dalam pelakuan tidak wajar.
- Pemberi maklumat dengan sengaja memberikan kenyataan palsu.
- Pendedahan maklumat dilakukan dengan niat jahat.
- Pendedahan maklumat adalah perkara remeh dan menyusahkan.
Makluman Hasil Pendedahan
Pemberi maklumat akan dimaklumkan mengenai hasil pendedahan yang dilakukan oleh beliau.