
Jawapan
Bukti komitmen jaminan oleh Kerajaan adalah seperti berikut:
- Jemaah Menteri pada 5 April 2019 telah meluluskan dan bersetuju untuk Kerajaan menyediakan peruntukan kepada UJSB untuk membiayai shortfall penebusan sukuk sekurang-kurangnya berjumlah RM17.8 bilion iaitu di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) pada tahun 2020 berjumlah RM500 juta dan dalam RMKe-12 hingga RMKe-13 sekurang-kurangnya berjumlah RM17.3 bilion.
- Kerajaan juga telah menyenaraikan komitmen jaminan sebanyak RM20 bilion kepada UJSB seperti yang disenaraikan dalam Laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2020.
Sumber: Tinjauan Fiskal Kerajaan Persekutuan 2020, Seksyen 5: Risiko Fiskal Dan Liabiliti
-
Kerajaan menyokong Pelan Pemulihan TH dengan menanggung liabiliti sebanyak RM20 billion atau 1.3% daripada KDNK negara, seperti yang disebutkan dalam Ucapan Belanjawan 2020.
-
Surat sokongan yang dikeluarkan daripada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) kepada UJSB untuk memastikan UJSB kekal beroperasi secara berterusan (going concern) sepanjang tempoh sukuk dan mempunyai keupayaan kewangan bagi pembayaran sukuk tanpa terhad mengikut tarikh matang masing-masing.
Topik FAQ