Skip to main content
  • English
  • Bahasa Malaysia
Home
  • Korporat

    Informasi Korporat

    • Tentang Kami
    • Data & Statistik
    • Logo TH
    • Notis Privasi
    • Laporan Tahunan

    Struktur Organisasi

    • Carta Organisasi
    • Lembaga
    • Barisan Pengurusan TH

    Integriti

    • Dasar-Dasar Integriti
    • e-Whistleblowing

    Tanggungjawab Sosial Korporat

    • Tentang CSR
    • Program Zakat
    • Sumbangan
    • Yayasan TH

    Direktori

    • Ibu Pejabat TH
    • Pejabat Cawangan TH
    • Subsidiari TH
  • Simpanan

    Maklumat Am

    • Simpanan
    • Pembukaan Akaun
    • Penutupan Akaun
    • Kad Debit-i TH
    • Penamaan Waris
    • Agihan Keuntungan TH

    Perkhidmatan

    • THiJARI
    • Rakan Strategik TH
    • Pusat Perkhidmatan Kewangan (IFiC)
    • Pusat Perkhidmatan TH
    • TH Komuniti
    • Hibah Amanah TH

    Soalan Lazim

    • Simpanan
    • THiJARI
    • Kempen #simpandaftar&menang
    • Kempen #simpandaftar&menang Kelab TaHa
    • Kemaskini Nombor Telefon Bimbit
    • JomPAY
  • Haji

    Maklumat Am

    • Pendaftaran Haji
    • Kos Haji dan Bayaran
    • Kuota Haji
    • Bimbingan
    • Operasi Haji
    • Data & Statistik

    Perkhidmatan

    • Pengurusan Haji
    • Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)
    • PEKTA & PIHTAS
    • Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH)
    • Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)

    Soalan Lazim

    • Penangguhan Ibadat Haji 1441H/2020M
    • Rayuan Haji
    • Kursus Asas Haji 1442H/2021M
  • Pelaburan

    Maklumat Am

    • Pelaburan

    Pelaburan TH

    • Ekuiti
    • Pendapatan Tetap
    • Hartanah
    • Lain-lain

    Pelaburan Strategik

    • Kewangan Islam
    • Perladangan
    • Pembangunan dan Pembinaan Hartanah
    • Hospitaliti
    • Perkhidmatan Lain

    Soalan Lazim

    • Pelaburan
  • Media

    Berita

    • Balai Berita

    Galeri

    • Galeri Foto
    • Galeri Video

    Khutbah Arafah

    • Video Khutbah Arafah

    Arkib

    • Balai Berita
    • Galeri Media
    • Laporan Tahunan TH
    • Kad Laporan TH

    Soalan Lazim

    • Isu-Isu Semasa
    • Korporat
    • Simpanan
    • Haji
    • Pelaburan
Menu
  • English
  • Bahasa Malaysia
  • Korporat
    • Informasi Korporat
      • Tentang Kami
      • Data & Statistik
      • Logo TH
      • Notis Privasi
      • Laporan Tahunan
    • Struktur Organisasi
      • Carta Organisasi
      • Lembaga
      • Barisan Pengurusan TH
    • Integriti
      • Dasar-Dasar Integriti
      • e-Whistleblowing
    • Tanggungjawab Sosial Korporat
      • Tentang CSR
      • Program Zakat
      • Sumbangan
      • Yayasan TH
    • Direktori
      • Ibu Pejabat TH
      • Pejabat Cawangan TH
      • Subsidiari TH
  • Simpanan
    • Maklumat Am
      • Simpanan
      • Pembukaan Akaun
      • Penutupan Akaun
      • Kad Debit-i TH
      • Penamaan Waris
      • Agihan Keuntungan TH
    • Perkhidmatan
      • THiJARI
      • Rakan Strategik TH
      • Pusat Perkhidmatan Kewangan (IFiC)
      • Pusat Perkhidmatan TH
      • TH Komuniti
      • Hibah Amanah TH
    • Soalan Lazim
      • Simpanan
      • THiJARI
      • Kempen #simpandaftar&menang
      • Kempen #simpandaftar&menang Kelab TaHa
      • Kemaskini Nombor Telefon Bimbit
      • JomPAY
  • Haji
    • Maklumat Am
      • Pendaftaran Haji
      • Kos Haji dan Bayaran
      • Kuota Haji
      • Bimbingan
      • Operasi Haji
      • Data & Statistik
    • Perkhidmatan
      • Pengurusan Haji
      • Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)
      • PEKTA & PIHTAS
      • Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH)
      • Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)
    • Soalan Lazim
      • Penangguhan Ibadat Haji 1441H/2020M
      • Rayuan Haji
      • Kursus Asas Haji 1442H/2021M
  • Pelaburan
    • Maklumat Am
      • Pelaburan
    • Pelaburan TH
      • Ekuiti
      • Pendapatan Tetap
      • Hartanah
      • Lain-lain
    • Pelaburan Strategik
      • Kewangan Islam
      • Perladangan
      • Pembangunan dan Pembinaan Hartanah
      • Hospitaliti
      • Perkhidmatan Lain
    • Soalan Lazim
      • Pelaburan
  • Media
    • Berita
      • Balai Berita
    • Galeri
      • Galeri Foto
      • Galeri Video
    • Khutbah Arafah
      • Video Khutbah Arafah
    • Arkib
      • Balai Berita
      • Galeri Media
      • Laporan Tahunan TH
      • Kad Laporan TH
    • Soalan Lazim
      • Isu-Isu Semasa
      • Korporat
      • Simpanan
      • Haji
      • Pelaburan
Jata Negara Malaysia
 

You are here

  • Utama
  • Faq
  • Soalan lazim agihan keuntungan th 2019

Soalan Lazim Agihan Keuntungan TH 2019

Printer Friendly, PDF & Email
Jawapan

Soalan-soalan lazim berkaitan Agihan Keuntungan TH 2019 :

 

SOALAN

JAWAPAN

1

Berapakah kadar agihan keuntungan bagi tahun 2019?

Kadar agihan keuntungan selepas zakat bagi tahun kewangan 2019 adalah 3.05%, iaitu peningkatan ketara berbanding 1.25% bagi tahun kewangan 2018.

2

Berapakah jumlah keseluruhan agihan keuntungan kepada pendeposit bagi tahun 2019?

Agihan Keuntungan selepas zakat kepada pendeposit bagi tahun kewangan 2019 adalah berjumlah RM2.1 bilion, iaitu RM1.2 bilion lebih tinggi berbanding RM0.9 bilion jumlah pemberian hibah bagi tahun kewangan 2018. Agihan bagi tahun 2019 akan memberi manfaat kepada hampir 9 juta pendeposit.

Agihan keuntungan kepada pendeposit adalah berdasarkan prestasi dan kemampuan kewangan TH tahun semasa dan tertakluk kepada pematuhan kehendak Akta Tabung Haji 1995.

3

Adakah pendeposit masih perlu membayar zakat ke atas wang simpanan di TH?

Agihan keuntungan kepada pendeposit adalah selepas mengambilkira zakat. TH membayar zakat bagi pihak pendeposit dan oleh yang demikian pendeposit TH tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan serta agihan keuntungan yang diterima selaras dengan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-17 pada 3 Mei 1979.

4

Bagaimanakah cara pengiraan agihan keuntungan tahun 2019?

Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2019 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2019 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, iaitu 3.05% bagi tahun 2019. Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.05% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari-Disember 2019 / Bilangan Bulan) x 3.05%

5

Siapakah yang layak menerima agihan keuntungan?

Semua pendeposit yang mengekalkan akaun simpanan yang berstatus aktif pada 31 Disember 2019.

6

Siapakah yang tidak layak menerima agihan keuntungan?

  • Pendeposit dengan akaun tidak aktif dalam tahun semasa kerana status dorman; 
  • Pendeposit dengan akaun yang ditutup dalam tahun semasa; dan 
  • Pendeposit dengan akaun yang dibuka dalam bulan Disember (tidak cukup satu bulan penuh).

Akaun Pendeposit yang tidak mempunyai sebarang transaksi melebihi tujuh (7) tahun akan diklasifikasikan sebagai Akaun Tidak Aktif, selaras dengan Peraturan-Peraturan dan Akta Tabung Haji (1995).

Terma dan syarat di bawah kontrak Wakalah (Akad Wakalah) telah menyatakan bahawa akaun adalah ditutup selepas semua baki simpanan dikeluarkan daripada akaun dan pendeposit hanya berhak kepada jumlah yang telah dikreditkan ke dalam akaun pada masa akaun tersebut ditutup.

7

Bagaimanakah agihan keuntungan dibayar kepada pendeposit?

Agihan keuntungan akan dikredit terus ke dalam akaun pendeposit yang masih aktif. Bagi akaun-akaun simpanan yang telah ditutup dalam tahun 2020 (sebelum 16 Mac 2020), pendeposit atau waris pusaka perlu hadir ke pejabat-pejabat cawangan TH yang berdekatan.

8

Bilakah agihan keuntungan tahun 2019 boleh disemak oleh pendeposit?

Agihan Keuntungan boleh disemak mulai 16 Mac 2020.

Baki simpanan terkini boleh disemak di :

  • Kaunter-kaunter cawangan TH, Bank Islam dan Bank Rakyat
  • Laman sesawang www.thijari.com.my
  • Portal internet bank-bank rakan strategik TH, iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank
  • ATM bank-bank rakan strategik TH, iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB.

9

Bagaimanakan pendeposit boleh membuat pengeluaran wang simpanan di TH?

Pendeposit boleh membuat pengeluaran wang simpanan TH di kaunter-kaunter cawangan TH, Bank Islam dan Bank Rakyat Malaysia. Pengeluaran bukan tunai melebihi RM10,000 pula hanya boleh dilakukan di Ibu Pejabat TH dan di cawangan-cawangan TH melalui pindahan telegrafik.

10

Apakah perbezaan antara Hibah yang diisytihar pada tahun-tahun sebelum ini dengan agihan keuntungan yang diisytihar tahun 2019?

Hibah merupakan hadiah yang tidak disyaratkan, manakala agihan keuntungan merujuk kepada agihan sebahagian atau keseluruhan keuntungan yang boleh diagihkan kepada pemilik dana.

Simpanan di TH kini di bawah kontrak simpanan Wakalah yang menggantikan kontrak simpanan Wadiah Yad Dhamanah yang digunakan sebelum ini. Menerusi kontrak baharu ini, TH adalah wakil untuk menguruskan dana pendeposit bagi tujuan aktiviti pelaburan dan pengurusan haji di mana keuntungan daripada pelaburan simpanan pendeposit akan diagihkan kepada pendeposit setelah mengambikira kos haji, zakat dan kos pengurusan.

Manakala, di bawah kontrak simpanan Wadiah Yad Dhamanah sebelum ini, TH sebagai pemegang amanah tiada obligasi tetapi boleh atas budi bicara memberi Hibah (hadiah) kepada pendepositnya.

11

Adakah Hibah Haji diberi bagi tahun 2019 seperti tahun sebelum 2018?

Tidak. Berdasarkan keperluan kesamarataan di bawah kontrak Wakalah, agihan keuntungan diberi kepada semua pendeposit tanpa mengira mereka telah menunaikan haji atau pun belum. Maka tiada hibah khas haji yang diberikan.

12

Apakah kelebihan kepada pendeposit untuk membuat simpanan di TH selain daripada simpanan ke arah menunaikan haji (terutama bagi pendeposit yang telah menunaikan haji) berbanding dana/institusi lain?

Agihan keuntungan yang diisytihar TH adalah lebihan keuntungan pelaburan setelah mengambilkira perbelanjaan dan bantuan kos haji, bayaran zakat dan kos pengurusan. Oleh yang demikian, pendeposit TH bukan sahaja mendapat manfaat pulangan keuntungan ke atas simpanan mereka, malah turut menyumbang dalam membantu jemaah haji Malaysia menunaikan rukun Islam kelima dan golongan asnaf dalam menjaga kebajikan mereka. Di samping itu:

  • Simpanan dijamin 100% oleh Kerajaan Malaysia.
  • Simpanan dan pelaburan adalah patuh Syariah.
  • Agihan keuntungan dikecualikan daripada cukai.

13

Mengapa agihan keuntungan tahun 2019 lebih tinggi berbanding Hibah tahun 2018?

Agihan keuntungan yang lebih baik ini didokong oleh prestasi dan kedudukan kewangan yang semakin baik dan dipacu oleh strategi pelaburan yang mampan serta langkah pengurusan kos secara berhemah.

Bagi tahun kewangan 2019, TH berjaya menjana pendapatan pelaburan berjumlah RM3.3 bilion. Secara keseluruhan, pendapatan pelaburan yang dijana TH adalah lebih stabil di mana pelaburan aset pendapatan tetap menjana 58% pendapatan atau sebanyak RM1.9 bilion manakala pelaburan hartanah, ekuiti dan instrumen pasaran wang masing-masing menyumbang RM0.5 billion (15%), RM0.5 bilion (15%) dan RM0.4 bilion (12%). Dengan pengurusan kos yang berhemah. TH telah berjaya mencatat keuntungan selepas zakat bagi tahun kewangan 2019 berjumlah RM1.9 bilion, iaitu peningkatan 19% atau RM0.3 bilion berbanding RM1.6 bilion bagi tahun kewangan lalu.

Di samping itu, kedudukan kewangan TH yang lebih kukuh dengan jumlah aset melebihi jumlah liabiliti sebanyak RM2.9 bilion (sebelum agihan keuntungan kepada pendeposit) membolehkan agihan keuntungan yang lebih tinggi bagi tahun kewangan 2019.

14

Bagaimana perbandingan kadar agihan keuntungan TH tahun 2019 dengan dana/institusi lain?

Strategi pelaburan, tahap risiko dan tahap kecairan akan mempengaruhi kadar pulangan yang diperolehi oleh dana yang diurus oleh institusi pelaburan. Institusi pelaburan yang mempunyai visi dan misi yang berlainan akan mempunyai strategi pelaburan, tahap risiko dan tahap kecairan yang berlainan juga.

Akaun yang dibuka oleh pendeposit di TH adalah merupakan akaun simpanan dan memiliki ciri-ciri akaun simpanan seperti ditawarkan oleh institusi perbankan Islam lain, antaranya seperti tiada had kekerapan dan amaun bagi transaksi simpanan atau pengeluaran. Para pendeposit tidak dikenakan sekatan, caj atau tertakluk kepada turun naik harga unit apabila membuat simpanan atau pengeluaran. Jenis pelaburan dan tahap risiko yang diambil juga berbeza.

Oleh yang demikian, adalah wajar kadar agihan keuntungan TH dibandingkan dengan kadar ditawarkan oleh deposit simpanan perbankan Islam lain. Sumber daripada statistik Bank Negara Malaysia menunjukkan bahawa agihan keuntungan TH pada kadar 3.05% setahun berada di antara kadar pulangan purata Deposit Simpanan Perbankan Islam 12 bulan pada kadar 0.74% setahun dan Akaun Pelaburan Perbankan Islam 12 bulan pada kadar 3.65% setahun sebelum zakat. Di samping itu, deposit simpanan Perbankan Islam juga dijamin oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dengan perlindungan maksima sebanyak RM250,000 bagi setiap pendeposit di setiap bank ahli.

15

Adakah kadar agihan keuntungan akan berubah mengikut keuntungan TH pada tahun-tahun berikutnya?

Agihan keuntungan kepada pendeposit adalah berdasarkan prestasi dan kemampuan kewangan TH tahun semasa dan tertakluk kepada pematuhan kehendak Akta Tabung Haji 1995.

PDF
FAQ - Agihan Keuntungan TH 2019 (BM-EN).pdf
Publish date
Mon, 03/16/2020 - 12:00

"Tabung Haji adalah Institusi Pelapor dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001"

Alhamdulillah, portal ini telah dilawati:
33867177 kali
Pelawat unik: 7944971
Telah dikemaskini pada: 02-03-2021

Pelayar yang disyorkan : 
Chrome 30+,  Firefox 30+,  Safari 7+,  Internet Explorer 10+

 Portal ini boleh dilayari menggunakan desktop dan telefon pintar. Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi minimum 1366x768.

Penafian:
Lembaga Tabung Haji tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Polisi TH

Terma & Syarat
Dasar Privasi Portal TH
Dasar Keselamatan
Hak Cipta Terpelihara

Perhubungan & Bantuan

Soalan Lazim
Borang Maklumbalas
Direktori
Peta Laman
Notis Privasi TH

Media Sosial

Official Facebook TH Official Twitter TH https://www.instagram.com/lembagatabunghaji/ Official TH You Tube

Karier di TH

  • CareerKarier & Latihan Industri

Anggota TH

  • kakitanganE-Anggota
Assalamualaikum, selamat datang ke laman portal rasmi Tabung Haji
Wukuf
139
Hari Lagi
19 Julai 2021 9 Zulhijjah 1442H