Penangguhan Ibadat Haji 1441H/2020M

Jawapan
  • Penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 lalu.
     
  • Penularan wabak COVID-19 telah menimbulkan risiko kesihatan awam yang serius di seluruh dunia. Wabak ini telah menjangkiti lebih 7.4 juta orang manakala lebih 418 ribu telah terkorban.
     
  • Di Arab Saudi sendiri, sehingga 10 Jun 2020 terdapat lebih 112 ribu kes jangkitan Covid-19, dengan lebih 40 ribu kes di Makkah dan 11 ribu kes di Madinah.
     
  • Seperti kenyataan rasmi pada 11 Jun 2020, Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan muktamad untuk menangguhkan penghantaran bakal haji Malaysia ke Tanah Suci bagi menjaga keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Jawapan
  • Bayaran Haji yang telah didebit akan dipulangkan semula mengikut kadar penuh ke dalam akaun TH bakal haji masing-masing dalam masa terdekat.
     
  • Bayaran Haji yang dipulangkan semula layak menerima agihan keuntungan yang akan diumumkan bagi tahun 2020.
Jawapan
  • Tuan/Puan harus memahami bahawa keputusan Kerajaan Malaysia menangguhkan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci tahun ini telah mengambil kira pelbagai aspek berikutan penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia. Dalam situasi pada masa ini, wabak Covid-19 masih mengancam kesihatan dan nyawa di seluruh dunia.
     
  • TH yakin keputusan Kerajaan ini adalah yang terbaik untuk semua yang terlibat. Pembatalan ibadat haji pernah berlaku dalam sejarah dunia sebelum ini.
     
  • Kebajikan, keselamatan dan kesihatan para jemaah haji dari segenap pelosok dunia yang berkumpul di Tanah Suci amat penting dalam menunaikan ibadah haji setiap musim haji.
     
  • Sepertimana yang kita semua faham bahawa dalam kewajipan menunaikan haji ia adalah tertakluk kepada kemampuan (‘Istito’ah’) seseorang.
     
  • Di antara ciri Istito’ah ialah kesihatan, keselamatan, kewangan dan kuota (iaitu terpilih menunaikan haji).
     
  • TH menasihati supaya semua bakal haji redha dan menerima dengan baik akan keputusan ini.
     
  • Dengan niat yang ikhlas dan usaha berterusan oleh para bakal haji, didoakan semoga Allah memberi ganjaran yang sewajarnya apabila kita redha dengan ketetapan Allah ini. 
     
  • TH menasihati semua bakal haji tahun ini untuk ambil kesempatan bagi mendalami ilmu haji dan membuat persiapan yang sewajarnya dari segi ilmu, rohani, jasmani, kesihatan dan kewangan.
     
  • Banyakan berdoa semoga Tuan/Puan terpilih sebagai Tetamu Allah pada musim haji akan datang.
     
  • Pihak TH akan memberi keutamaan kepada mereka yang giliran asal tunai haji pada tahun 1441H/2020 untuk dipertimbangkan bagi musim haji 1442H/2021 nanti.
Jawapan

Kuota haji rasmi tahun ini bagi Malaysia adalah seramai 31,600 orang.

Jawapan

Setiap syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan oleh TH hendaklah memulangkan semula bayaran pakej haji kepada bakal haji yang telah membuat bayaran tertakluk kepada syarat-syarat pakej yang telah dipersetujui di antara bakal haji dan PJH.

Jawapan

Semua rakyat Malaysia tidak dibenarkan mengerjakan haji pada tahun ini walaupun dengan menggunakan visa furada.

Jawapan

Pada setiap musim haji, Kos Haji dan Bayaran Haji akan ditentukan dan diumumkan pada tahun berkenaan.

Jawapan
  • Bakal haji yang giliran asalnya menunaikan haji pada tahun ini (1441H/2020M) akan diberi keutamaan untuk menunaikan haji pada tahun hadapan (1442H/2021M).
     
  • Manakala bagi mereka yang membuat rayuan haji dan telah diluluskan oleh TH untuk menunaikan haji pada tahun ini (1441H/2020M), kelulusan rayuan haji mereka adalah terbatal dan perlu membuat rayuan semula kepada TH untuk tahun 1442H/2021M.
Jawapan

Bakal haji perlu membuat semula pemeriksaan kesihatan kerana tempoh sah laku pemeriksaan tersebut adalah untuk enam (6) bulan sahaja.

Jawapan

Bakal haji yang membuat rayuan dan telah diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini (1441H/2020M), perlu mengemukakan rayuan haji yang baru pada tahun hadapan (1442H/2021M) untuk dinilai semula oleh TH. 

Jawapan

Setiap bakal haji perlu lulus pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bakal haji juga perlu mematuhi syarat-syarat kesihatan terkini yang akan ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan haji.

Jawapan

Kerajaan Malaysia akan membuat keputusan mengenai penghantaran jemaah haji bagi tahun hadapan menjelang musim haji 1442H/2021M dengan mengambil kira keadaan semasa dan sebarang keputusan Kerajaan Arab Saudi ketika itu.

Jawapan
  • Tidak perlu diambil semula suntikan wajib (meningococcal) jika tempoh sah belum tamat (3 atau 5 tahun mengikut jenis suntikan yang diambil) sebelum musim haji tahun hadapan.
     
  • Manakala bagi suntikan tambahan iaitu pneumococcal (5 tahun) dan influenza (setahun), ia juga bergantung kepada tempoh sah suntikan tersebut.
     
  • Jemaah haji dinasihatkan untuk menyemak maklumat suntikan vaksin pada Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH) atau merujuk semula kepada hospital/klinik kesihatan di mana suntikan tersebut diambil.
Jawapan
  • Tidak semestinya bakal haji yang sepatutnya mengerjakan haji pada tahun 1442H/2021M perlu menunggu setahun lagi kerana ia adalah tertakluk kepada kekosongan kuota tahun semasa.
     
  • Bakal haji yang giliran asal menunaikan haji adalah pada tahun 1442H/2021M akan diberi keutamaan menunaikan haji pada tahun tersebut setelah keutamaan diberi kepada bakal haji yang giliran asal pada tahun 1441H/2020M. 
Jawapan
  • Resolusi Muzakarah Haji pada tahun 2019 telah menetapkan bahawa istitho’ah sama ada yang berkaitan dengan jasmani (badaniyyah) atau kesihatan (sihhiyyah) merupakan salah satu syarat wajib haji.
     
  • Sekiranya pihak doktor mengesahkan bahawa bakal haji tersebut berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan penyakit Covid-19 yang sedang melanda semasa musim haji, maka bakal haji yang mengidap penyakit kronik dianggap sebagai tidak memenuhi syarat istito’ah jasmani dan istito’ah kesihatan.
     
  • Oleh itu, kewajipan menunaikan haji adalah gugur daripadanya.
Jawapan

Setiap tahun TH akan membuat rayuan penambahan kuota daripada Kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan lebih ramai umat Islam di Malaysia menunaikan haji.

Jawapan
  • Sunnah Nabi Muhammad SAW dalam mengendalikan sesuatu wabak penyakit yang melanda sesebuah tempat, sebagaimana mafhum hadith adalah seperti berikut:-

    Jika kamu mendengar wabak melanda suatu negeri, maka jangan kamu memasukinya. Dan jika kamu berada di daerah itu janganlah kamu keluar untuk lari darinya” (HR. Bukhari & Muslim).
     
  • Oleh kerana seluruh dunia termasuk Malaysia dan Arab Saudi masih mengalami wabak ini, maka penangguhan ibadah haji pada tahun 1441H/2020 adalah lebih baik.