Kempen Pembukaan Akaun Secara Dalam Talian (Virtual Account Opening - VAO) 2023
Terma dan Syarat Penyertaan
INFORMASI DAN MEKANISME |
1. |
Tarikh |
Terhad kepada tarikh yang ditetapkan iaitu 3 Mac, 6 Jun, 9 September dan 12 Disember tahun 2023 sahaja. |
2. |
Kelayakan Penyertaan |
2.1 Terbuka kepada semua pembukaan akaun baru (Akaun Dewasa dan Akaun Kanak-Kanak) secara
dalam talian menerusi Virtual Account Opening (VAO).
2.2 Kelayakan membuka akaun TH adalah seperti berikut:-
Akaun Dewasa
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Berakal
Akaun Kanak-Kanak
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Berumur di bawah 18 tahun
- Anak kandung/anak angkat yang sah
- Penjaga mestilah mempunyai akaun TH dan pengguna aplikasi THiJARI
- Berakal
|
3. |
Mekanisme |
3.1 Daftar VAO pada tarikh-tarikh yang ditetapkan. Semasa pendaftaran VAO, pendeposit perlu
memilih satu cawangan TH untuk melakukan urusan pengesahan akaun.
3.2 Untuk membuka Akaun Dewasa
- Layari www.thijari.com.my.
- Klik pada “Tiada Akaun TH ? Buka Sekarang” di laman utama THiJARI dan ikuti langkah seterusnya.
3.3 Untuk membuka Akaun kanak-kanak
- Penjaga perlu log masuk ke aplikasi THiJARI (akaun sendiri). Pilih Menu Pembukaan Akaun Kanak-Kanak dan lengkapkan transaksi tersebut.
3.4 1,000 pendeposit terawal yang mendaftar VAO pada bulan Mac, Jun dan Disember dan 1,060
pendeposit terawal yang mendaftar VAO pada bulan September akan dipilih sebagai pemenang.
3.5 Pendeposit boleh menyemak nama sekiranya layak melalui pengumuman yang akan dimuatnaik di
media sosial dan laman web TH.
|
4. |
Hadiah |
4.1 Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
Tarikh |
Hadiah |
3 Mac 2023 |
1,000 unit Tabung Wang TH |
6 Jun 2023 |
1,000 unit Tabung Wang TH |
9 September 2023 |
4 pakej percutian dan 2,000 unit Tabung Wang TH |
12 Disember 2023 |
1,000 unit Tabung Wang TH |
4.2 Tuntutan hadiah boleh dibuat selepas senarai nama dimuatnaik di laman sesawang dan media
sosial rasmi TH. Untuk membuat tuntutan, pendeposit perlu memastikan pengesahan akaun dibuat
dalam masa 30 hari selepas tarikh pendaftaran VAO dengan mendepositkan minimum RM100.
4.3 Kelayakan akan terbatal sekiranya pengesahan dibuat di cawangan TH yang lain (bukan seperti
yang dipilih semasa pendaftaran VAO dilaksanakan), tidak memenuhi syarat deposit minimum atau
melebihi tempoh pengesahan akaun.
4.4 Pendeposit yang memenuhi syarat dan kelayakan akan menerima hadiah selepas pengesahan
akaun dibuat.
|
5. |
Terma dan Syarat Am |
5.1 TH berhak menolak penyertaan yang tidak memenuhi syarat atau yang diterima selepas tarikh
tersebut. TH tidak berobligasi untuk mengemukakan apa-apa sebab dan tiada sebarang surat-
menyurat dan/atau rayuan untuk mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh TH akan
dilayan.
5.2 TH atas budi bicara mutlaknya berhak untuk meminda, membatalkan, menamatkan atau
menggantung perkara ini dan/atau Terma dan Syarat dari semasa ke semasa, keseluruhan atau
sebahagian, dengan memberikan notis yang cukup dalam tempoh tidak kurang daripada empat
belas (14) hari sebelum tarikh pindaan, pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut.
Kaedah pemberitahuan akan dibuat sama ada secara bertulis, melalui media elektronik, atau notis
yang dipaparkan di Pejabat-Pejabat TH Cawangan mahupun di laman sesawang TH atau melalui
kaedah lain yang boleh ditetapkan oleh TH. Untuk mengelakkan keraguan, pindaan, pembatalan,
penamatan, atau penggantungan perkara ini oleh TH dan/atau Terma dan Syarat tidak memberi
hak kepada Peserta Yang Layak Kempen ini membuat sebarang tuntutan atau pampasan
terhadap TH bagi sebarang kerugian atau kerosakan atau apa juga yang ditanggung atau dialami
oleh Peserta Yang Layak sama ada secara langsung dan tidak langsung akibat daripada pindaan,
pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut.
5.3 TH mempunyai hak mutlak untuk menggantikan sebarang hadiah yang dimenangi dengan hadiah
lain yang sama nilai dengannya atau dengan apa jua hadiah yang TH anggap sesuai dengan
memberikan notis kepada Peserta Yang Layak sekurang-kurangnya empat belas (14) hari
sebelum tarikh setiap pengumuman yang telah dijadualkan dibuat oleh TH. Kaedah
pemberitahuan boleh dibuat sama ada secara bertulis melalui media elektronik atau notis yang
dipaparkan di Pejabat-Pejabat TH Cawangan mahupun di laman sesawang TH atau melalui mana-
mana kaedah yang akan ditetapkan oleh pihak TH.
5.4 Hadiah-hadiah tidak termasuk kos-kos lain seperti pengangkutan dan sebagainya, melainkan kos
seperti yang dinyatakan di dalam Terma dan Syarat ini (jika ada).
5.5 Untuk sebarang pertanyaan, maklumat lanjut atau maklum balas berkaitan dengan perkara ini,
pendeposit boleh menghubungi TH Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919 atau secara alternatif
melalui e-mel di th-info@lth.gov.my.
|