• Home
  • Media Sosial
    • Facebook
    • X
    • Instagram
    • TikTok
    • YouTube
    • Linkedin
  • Karier
  • OKU
  • Janji Temu
  • Lokasi
    Cawangan
  • Hubungi
    Kami
  • MENU
  • Korporat

    Informasi Korporat

    • Tentang Kami
    • Rangka Kerja Pengawasan TH
    • Data & Statistik
    • Notis Privasi
    • Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
    • Laporan Tahunan

    Struktur Organisasi

    • Carta Organisasi
    • Lembaga
    • Panel Pelaburan
    • Jawatankuasa Penasihat Syariah
    • Barisan Pengurusan

    Integriti

    • Dasar-Dasar Integriti
    • e-Whistleblowing

    Tanggungjawab Sosial Korporat

    • Tentang CSR
    • Program CSR Zakat
    • Sumbangan

    Karier dan Latihan Industri

    • Info

    Direktori

    • Ibu Pejabat
    • Pejabat Cawangan

    Media & Muat Turun

    • Berita
    • Kenyataan Media
    • Khutbah Arafah
    • Galeri Foto
    • Arkib
  • Simpanan

    Maklumat Am

    • Simpanan
    • Pembukaan Akaun
    • Penutupan Akaun
    • Kad Debit-i TH
    • Penamaan Waris
    • Data & Statistik
    • Agihan Keuntungan

    Perkhidmatan

    • THiJARI
    • THiJARI Biz
    • Rakan Strategik
    • Pusat Perkhidmatan Kewangan (IFiC)
    • Pusat Perkhidmatan (PPTH)
    • TH Khairat
    • TH Komuniti
    • Hibah Amanah
    • Kelab TaHa
    • JomPAY

    Soalan Lazim

    • Simpanan
    • THiJARI
    • THiJARI Biz
    • JomPAY
    • TH Khairat
    • Kemaskini Nombor Telefon Bimbit
    • Kempen

    Kempen

    • Kempen Auto Simpan @ THiJARI
    • Kempen Cemerlang SPM 2024
    • Kempen Raikan Kelahiran
    • Kempen Simpanan Berkat Ganjaran Hebat 2025
    • Kempen Bijak Menabung
    • Kempen #SimpanKonsisten

    Borang-Borang

    • Muat Turun
  • Haji

    Maklumat Am

    • Pengurusan Haji
    • Pendaftaran Haji
    • Rayuan Haji
    • Kos Haji dan Bayaran
    • Kuota Haji
    • Operasi Haji
    • Data & Statistik

    Bimbingan

    • E-Bimbingan Portal
    • Kursus Haji
    • Nota Modul Kursus Asas Haji (KAH)
    • Kursus Asas Haji Bersiri (Saluran Youtube Lembaga Tabung Haji)
    • Penerbitan Haji
    • Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air dan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci
    • Resolusi Muzakarah Haji
    • Program Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ)

    Perkhidmatan

    • Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)
    • Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH)
    • Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)

    Soalan Lazim

    • Kursus Asas Haji 1446H/2025M
    • Bayaran Haji 1446H/2025M
    • Rayuan Haji 1446H/2025M
    • Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji (BH) bagi Musim Haji 1446H/2025M

    Kempen

    • Kempen Pengumpulan Artifak Haji #MuziumHajiTH
  • Pelaburan

    Maklumat Am

    • Pelaburan

    Pelaburan TH

    • Ekuiti
    • Pendapatan Tetap
    • Hartanah
    • Lain-lain

    Pelaburan Strategik

    • Kewangan Islam
    • Perladangan
    • Pembangunan dan Pembinaan Hartanah
    • Hospitaliti
    • Perkhidmatan Lain

    Soalan Lazim

    • Pelaburan

Bahasa

  • English
  • Bahasa Malaysia

Amanah dan komited
demi anda.

Amanah dan komited demi anda.
Home
  • Korporat
    • Informasi Korporat
      • Tentang Kami
      • Rangka Kerja Pengawasan TH
      • Data & Statistik
      • Notis Privasi
      • Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
      • Laporan Tahunan
    • Struktur Organisasi
      • Carta Organisasi
      • Lembaga
      • Panel Pelaburan
      • Jawatankuasa Penasihat Syariah
      • Barisan Pengurusan
    • Integriti
      • Dasar-Dasar Integriti
      • e-Whistleblowing
    • Tanggungjawab Sosial Korporat
      • Tentang CSR
      • Program CSR Zakat
      • Sumbangan
    • Karier dan Latihan Industri
      • Info
    • Direktori
      • Ibu Pejabat
      • Pejabat Cawangan
    • Media & Muat Turun
      • Berita
      • Kenyataan Media
      • Khutbah Arafah
      • Galeri Foto
      • Arkib
        • Balai Berita
        • Galeri Media
        • Laporan Tahunan
        • Kenyataan Media
        • Khutbah Arafah
  • Simpanan
    • Maklumat Am
      • Simpanan
      • Pembukaan Akaun
      • Penutupan Akaun
      • Kad Debit-i TH
      • Penamaan Waris
      • Data & Statistik
      • Agihan Keuntungan
    • Perkhidmatan
      • THiJARI
      • THiJARI Biz
      • Rakan Strategik
      • Pusat Perkhidmatan Kewangan (IFiC)
      • Pusat Perkhidmatan (PPTH)
      • TH Khairat
      • TH Komuniti
      • Hibah Amanah
      • Kelab TaHa
      • JomPAY
    • Borang-Borang
      • Muat Turun
    • Soalan Lazim
      • Simpanan
      • THiJARI
      • THiJARI Biz
      • JomPAY
      • TH Khairat
      • Kemaskini Nombor Telefon Bimbit
      • Kempen
    • Kempen
      • Kempen Auto Simpan @ THiJARI
      • Kempen Cemerlang SPM 2024
      • Kempen Raikan Kelahiran
      • Kempen Simpanan Berkat Ganjaran Hebat 2025
      • Kempen Bijak Menabung
      • Kempen #SimpanKonsisten
  • Haji
    • Maklumat Am
      • Pengurusan Haji
      • Pendaftaran Haji
      • Rayuan Haji
      • Kos Haji dan Bayaran
      • Kuota Haji
      • Operasi Haji
      • Data & Statistik
    • Perkhidmatan
      • Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)
      • Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH)
      • Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)
    • Bimbingan
      • E-Bimbingan Portal
      • Kursus Haji
      • Nota Modul Kursus Asas Haji (KAH)
      • Kursus Asas Haji Bersiri (Saluran Youtube Lembaga Tabung Haji)
      • Penerbitan Haji
      • Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air dan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci
      • Resolusi Muzakarah Haji
      • Program Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ)
    • Soalan Lazim
      • Kursus Asas Haji 1446H/2025M
      • Bayaran Haji 1446H/2025M
      • Rayuan Haji 1446H/2025M
      • Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji (BH) bagi Musim Haji 1446H/2025M
    • Kempen
      • Kempen Pengumpulan Artifak Haji #MuziumHajiTH
  • Pelaburan
    • Maklumat Am
      • Pelaburan
    • Pelaburan
      • Ekuiti
      • Pendapatan Tetap
      • Hartanah
      • Lain-lain
    • Pelaburan Strategik
      • Kewangan Islam
      • Perladangan
      • Pembangunan dan Pembinaan Hartanah
      • Hospitaliti
      • Perkhidmatan Lain
    • Soalan Lazim
      • Pelaburan
  • English
  • Bahasa Malaysia

Pengumuman

  • Karier & Latihan Industri, info lanjut>
  • THiJARI, Perkhidmatan TH kini dihujung jari anda
  • Status Cuti Umum Melibatkan Operasi Pejabat TH : Mei 2025
  • Status Cuti Umum Melibatkan Operasi Pejabat TH : Jun 2025
Wukuf
05 Jun 2025 / 9 Zulhijjah 1446H
Sudah Berlalu

TH Perkenal Perlindungan Takaful, TH Khairat

KUALA LUMPUR, 11 SEPTEMBER 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan ‘TH Khairat’ iaitu perlindungan takaful sebanyak RM12,000 kepada penerima manfaat sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal ke atas pendeposit TH dengan langganan tahunan serendah RM28 sahaja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im berkata inisiatif ini adalah salah satu komitmen dan langkah proaktif TH untuk meringankan beban kewangan pendeposit TH selain menggalakkan umat Islam untuk menabung dan membuat persediaan awal dari segi kewangan agar urusan waris sewaktu dan selepas kematian dapat diuruskan dengan baik.

“Saya berharap agar usaha seperti ini akan mendapat sambutan dan sokongan ramai kerana menerusi TH Khairat ini, kebajikan dan kesejahteraan para pendeposit akan terus terpelihara kerana bantuan kewangan di masa sukar akan diberi apabila berlaku kematian kepada pendeposit,” kata beliau di majlis pelancaran di Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak hari ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tuan Syed Hamadah Syed Othman berkata TH Khairat ini bukan sahaja memberi peluang kepada pendeposit TH untuk mempunyai perlindungan, malah pendeposit juga dapat memberi sumbangan infaq.

“Pendeposit TH juga dapat memberi sumbangan infaq berjumlah RM2,000 (sebahagian daripada jumlah perlindungan TH Khairat) kepada pertubuhan atau organisasi kebajikan yang dilantik oleh pengendali Takaful,” jelas beliau.

TH Khairat ini terbuka kepada semua pendeposit TH yang berumur seawal 30 hari sehingga 65 tahun dan yang ditaja jamin oleh Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) dan Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT).

Bayaran RM28 adalah secara potongan terus daripada akaun TH secara tahunan dan pendaftaran boleh dilakukan dengan mudah sahaja melalui portal atau aplikasi THiJARI. Pendeposit juga boleh mendaftarkan TH Khairat untuk akaun anak di bawah jagaan yang berumur di bawah 18 tahun di THiJARI.

Seramai 200 penghantar makanan juga turut serta untuk hadir hari ini bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai TH Khairat ini bagi kepentingan perlindungan kepada mereka dan keluarganya.

“TH mengalu-alukan pendeposit TH untuk mengambil TH Khairat ini kerana bayaran tahunannya yang rendah dan mampu dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat, ” kata beliau lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Encik Nor Azman Zainal berkata, “Perlindungan takaful TH Khairat yang ditawarkan ini melambangkan komitmen kami sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang menyediakan pendeposit TH akses kepada produk takaful mampu milik bagi memenuhi keperluan perlindungan mereka yang semakin meningkat.Sekaligus mencerminkan dedikasi kami dalam memberi perlindungan kepada pendeposit TH. Usaha ini selaras dengan pelan perniagaan strategik kami untuk mengukuhkan kedudukan Takaful Malaysia sebagai pengendali takaful pilihan utama di Malaysia.”

Pegawai Eksekutif HLMT, Mohd Asri Omar berkata, “Kami di HLMT amat menghargai kerjasama strategik dengan TH untuk TH Khairat ini, kerana ianya dapat membantu meningkatkan lagi kesedaran rakyat Malaysia terutamanya pendeposit TH tentang kepentingan mempunyai perlindungan Takaful serta menyediakan akses untuk mereka menyertai pelan takaful mampu milik. Selaku pengendali takaful pilihan, HLMT sentiasa komited dan bersedia dengan pelbagai pelan perlindungan yang berkualiti untuk memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat.”

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan ini, sila layari www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.

-Tamat-

PDF Kenyataan Akhbar
TH Perkenal Perlindungan Takaful, TH Khairat

"Tabung Haji adalah Institusi Pelapor dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001"

Alhamdulillah, portal ini telah dilawati 1,103 kali.
Telah dikemaskini pada 13-06-2025

Pelayar yang disyorkan : 
Chrome 30+,  Firefox 30+,  Safari 7+,  Internet Explorer 10+

 Portal ini boleh dilayari menggunakan desktop dan telefon pintar. Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi minimum 1366x768.

Polisi TH

Notis Privasi TH
Dasar Privasi Portal TH
Terma & Syarat
Dasar Keselamatan
Hak Cipta Terpelihara

Penafian:
Lembaga Tabung Haji tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Perhubungan & Bantuan

Borang Maklumbalas
Peta Laman
 

Anggota TH

E-Anggota

Media Sosial

Official Facebook TH Official X TH https://www.instagram.com/lembagatabunghaji/ https://www.tiktok.com/@tabunghaji Official TH You Tube Official TH Linkedin