KUALA LUMPUR, 27 OGOS 2025: Lembaga Tabung Haji (TH) ingin memaklumkan bahawa kenyataan Yang Berhormat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 18 Ogos 2025 adalah benar, di mana fi konsortium perunding bagi kerja penjenamaan adalah RM5.9 juta untuk tiga tahun, melibatkan penyelidikan dan kajian pasaran, audit dan pelan penjenamaan, perhubungan awam dan latihan pembudayaan dalaman. Setakat ini, sebanyak RM1.6 juta telah dibayar mengikut jadual bayaran. TH menegaskan bahawa tiada sebarang kontrak atau pelantikan lain telah dibuat bagi inisiatif ini.
TH sentiasa komited untuk memastikan semua keputusan yang diambil menepati garis panduan serta kepentingan para pendeposit.
-TAMAT-
PDF Kenyataan Akhbar