• Home
  • Media Sosial
    • Facebook
    • X
    • Instagram
    • TikTok
    • YouTube
    • Linkedin
  • Karier
  • OKU
  • Janji Temu
  • Lokasi
    Cawangan
  • Hubungi
    Kami
  • MENU
  • Korporat

    Informasi Korporat

    • Tentang Kami
    • Rangka Kerja Pengawasan TH
    • Data & Statistik
    • Notis Privasi
    • Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
    • Laporan Tahunan

    Struktur Organisasi

    • Carta Organisasi
    • Lembaga
    • Panel Pelaburan
    • Jawatankuasa Penasihat Syariah
    • Barisan Pengurusan

    Integriti

    • Dasar-Dasar Integriti
    • e-Whistleblowing

    Pemerkasaan Komuniti

    • Tentang Zakat
    • Program Zakat
    • Sumbangan
    • Sahabat Korporat TH

    Karier dan Latihan Industri

    • Info

    Direktori

    • Ibu Pejabat
    • Pejabat Cawangan

    Media & Muat Turun

    • Berita
    • Kenyataan Media
    • Laporan Tahunan
    • Khutbah Arafah
    • Galeri Foto
  • Simpanan

    Maklumat Am

    • Simpanan
    • Pembukaan Akaun
    • Penutupan Akaun
    • Kad Debit-i TH
    • Penamaan Waris
    • Data & Statistik
    • Agihan Keuntungan

    Perkhidmatan

    • THiJARI
    • THiJARI Biz
    • Rakan Strategik
    • Pusat Perkhidmatan (PPTH)
    • TH Khairat
    • TH Komuniti
    • Hibah Amanah
    • Kelab TaHa
    • JomPAY

    Soalan Lazim

    • Simpanan
    • THiJARI
    • THiJARI Biz
    • JomPAY
    • TH Khairat
    • Kemaskini Nombor Telefon Bimbit

    Kempen

    • Kempen Auto Simpan @ THiJARI
    • Kempen Cemerlang SPM 2024
    • Kempen Raikan Kelahiran
    • Kempen Simpanan Berkat Ganjaran Hebat 2025
    • Kempen Bijak Menabung
    • Kempen #SimpanKonsisten
  • Haji

    Maklumat Am

    • Pengurusan Haji
    • Pendaftaran Haji
    • Rayuan Haji
    • Kos Haji dan Bayaran
    • Kuota Haji
    • Operasi Haji
    • Data & Statistik

    Bimbingan

    • E-Bimbingan Portal
    • Kursus Haji
    • Nota Modul Kursus Asas Haji (KAH)
    • Kursus Asas Haji Bersiri (Saluran Youtube Lembaga Tabung Haji)
    • Penerbitan Haji
    • Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air dan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci
    • Resolusi Muzakarah Haji
    • Program Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ)

    Perkhidmatan

    • Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)
    • Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH)
    • Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)

    Soalan Lazim

    • Kursus Asas Haji 1447H/2026M
    • Rayuan Haji 1447H/2026M
    • Bayaran Haji & Bantuan Kewangan Haji bagi Tahun 1447H/2026M

    Kempen

    • Kempen Pengumpulan Artifak Haji #GaleriHajiTH
  • Pelaburan

    Maklumat Am

    • Pelaburan

    Pelaburan TH

    • Ekuiti
    • Pendapatan Tetap
    • Hartanah
    • Lain-lain

    Pelaburan Strategik

    • Kewangan Islam
    • Perladangan
    • Pembangunan dan Pembinaan Hartanah
    • Hospitaliti
    • Perkhidmatan Lain

    Soalan Lazim

    • Pelaburan

Bahasa

  • English
  • Bahasa Malaysia

Amanah dan komited
demi anda.

Amanah dan komited demi anda.
Home
  • Korporat
    • Informasi Korporat
      • Tentang Kami
      • Rangka Kerja Pengawasan TH
      • Data & Statistik
      • Notis Privasi
      • Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
      • Laporan Tahunan
    • Struktur Organisasi
      • Carta Organisasi
      • Lembaga
      • Panel Pelaburan
      • Jawatankuasa Penasihat Syariah
      • Barisan Pengurusan
    • Integriti
      • Dasar-Dasar Integriti
      • e-Whistleblowing
    • Pemerkasaan Komuniti
      • Tentang Zakat
      • Program Zakat
      • Sumbangan
      • Sahabat Korporat TH
    • Karier dan Latihan Industri
      • Info
    • Direktori
      • Ibu Pejabat
      • Pejabat Cawangan
    • Media & Muat Turun
      • Berita
      • Kenyataan Media
      • Laporan Tahunan
      • Khutbah Arafah
      • Galeri Foto
  • Simpanan
    • Maklumat Am
      • Simpanan
      • Pembukaan Akaun
      • Penutupan Akaun
      • Kad Debit-i TH
      • Penamaan Waris
      • Data & Statistik
      • Agihan Keuntungan
    • Perkhidmatan
      • THiJARI
      • THiJARI Biz
      • Rakan Strategik
      • Pusat Perkhidmatan (PPTH)
      • TH Khairat
      • TH Komuniti
      • Hibah Amanah
      • Kelab TaHa
      • JomPAY
    • Borang-Borang
    • Soalan Lazim
      • Simpanan
      • THiJARI
      • THiJARI Biz
      • JomPAY
      • TH Khairat
      • Kemaskini Nombor Telefon Bimbit
    • Kempen
      • Kempen Auto Simpan @ THiJARI
      • Kempen Cemerlang SPM 2024
      • Kempen Raikan Kelahiran
      • Kempen Simpanan Berkat Ganjaran Hebat 2025
      • Kempen Bijak Menabung
      • Kempen #SimpanKonsisten
  • Haji
    • Maklumat Am
      • Pengurusan Haji
      • Pendaftaran Haji
      • Rayuan Haji
      • Kos Haji dan Bayaran
      • Kuota Haji
      • Operasi Haji
      • Data & Statistik
    • Perkhidmatan
      • Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)
      • Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH)
      • Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)
    • Bimbingan
      • E-Bimbingan Portal
      • Kursus Haji
      • Nota Modul Kursus Asas Haji (KAH)
      • Kursus Asas Haji Bersiri (Saluran Youtube Lembaga Tabung Haji)
      • Penerbitan Haji
      • Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air dan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci
      • Resolusi Muzakarah Haji
      • Program Himpunan Persaudaraan Hujjaj (HISHAJ)
    • Soalan Lazim
      • Kursus Asas Haji 1447H/2026M
      • Rayuan Haji 1447H/2026M
      • Bayaran Haji & Bantuan Kewangan Haji bagi Tahun 1447H/2026M
    • Muzium Haji
      • Kempen Pengumpulan Artifak Haji #GaleriHajiTH
  • Pelaburan
    • Maklumat Am
      • Pelaburan
    • Pelaburan
      • Ekuiti
      • Pendapatan Tetap
      • Hartanah
      • Lain-lain
    • Pelaburan Strategik
      • Kewangan Islam
      • Perladangan
      • Pembangunan dan Pembinaan Hartanah
      • Hospitaliti
      • Perkhidmatan Lain
    • Soalan Lazim
      • Pelaburan
  • English
  • Bahasa Malaysia

Pengumuman

  • Pemakluman Penangguhan Operasi TH Gerak Padang Besar Akibat Daripada Situasi Banjir
  • Karier & Latihan Industri, info lanjut>
  • THiJARI, Perkhidmatan TH kini dihujung jari anda
  • Status Cuti Umum Melibatkan Operasi Pejabat TH : November 2025
  • Status Cuti Umum Melibatkan Operasi Pejabat TH : Disember 2025
Wukuf
26 Mei 2026 / 9 Zulhijjah 1447H
181
Hari Lagi

TH Sumbang Ambulans 4x4, Perkukuh Misi Kecemasan Dan Bencana

KUALA LUMPUR, 26 NOVEMBER 2025: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbangkan dua unit ambulans 4x4 kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bagi meningkatkan keupayaan operasi kecemasan dan bantuan kemanusiaan di seluruh negara khususnya di kawasan berisiko tinggi dan sukar diakses.

Sumbangan zakat wakalah TH bernilai RM570,000 ini membuktikan komitmen berterusan TH dalam menyokong usaha kemanusiaan dan kesiapsiagaan bencana, selari dengan peranannya dalam menjaga kebajikan ummah.

Ambulans tersebut akan memperkukuh kemampuan BSMM untuk menembusi kawasan pedalaman, laluan berbukit, lokasi banjir serta situasi bencana yang tidak boleh dimasuki ambulans biasa. Keupayaan ini membolehkan pasukan perubatan BSMM memberikan rawatan awal dengan lebih pantas, terutama pada masa yang kritikal untuk menyelamatkan nyawa.

Dilengkapi peralatan perubatan penting seperti alat resusitasi, oksigen, Defibrilator Luaran Autamatik (Automated External Defibrillator) dan kit trauma, ambulans ini berfungsi sebagai ruang rawatan bergerak yang mampu mengendalikan pelbagai kecemasan sebelum mangsa dipindahkan ke hospital.

Ia juga menyokong operasi besar seperti banjir, tanah runtuh, misi mencari dan menyelamat serta bantuan komuniti luar bandar.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tuan Haji Mustakim Mohamad berkata TH sentiasa komited membantu agensi seperti BSMM yang berada di barisan hadapan ketika bencana.

Dengan penyerahan ambulans 4x4 ini, kami berharap lebih ramai mangsa dapat dibantu dengan lebih cepat dan berkesan, khususnya di kawasan yang sebelum ini sukar dicapai.

“TH percaya penambahan aset ini akan mengukuhkan jaringan bantuan antara TH, BSMM dan agensi penyelamat lain, sekaligus memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan,” tambah Tuan Haji Mustakim.

Setiausaha Agung BSMM, Dato’ Danial Iskandar Abdul Rahman pula menzahirkan penghargaan atas sumbangan TH dan menyatakan sumbangan ambulans 4x4 ini amat bermakna kepada BSMM kerana ia terus meningkatkan keupayaan bertindak dalam situasi kecemasan, terutama di kawasan pedalaman dan zon bencana.

“Ambulan 4x4 ini memberi kami fleksibiliti dan keupayaan bergerak yang lebih baik, sekali gus memastikan mangsa menerima rawatan segera dan selamat. Kami amat menghargai sokongan TH terhadap usaha kemanusiaan yang menjadi teras perjuangan BSMM,” kata beliau lagi.

BSMM mempunyai lebih 240,000 sukarelawan dan 179 cawangan seluruh negara dan merupakan antara organisasi kemanusiaan terbesar di Malaysia. Setiap tahun, BSMM mengendalikan lebih 14,000 panggilan kecemasan, 86 operasi ambulans, dan menyantuni lebih 1,500 penerima manfaat melalui program bantuan kesihatan komuniti, kesiapsiagaan bencana, dan respons kemanusiaan. BSMM turut terlibat dalam misi bantuan antarabangsa termasuk di rantau Asia Tenggara ketika berlaku krisis kemanusiaan.

Dalam musim banjir besar tahun-tahun lalu, ambulans dan pasukan BSMM sering menjadi antara pasukan yang terawal tiba di lokasi bencana. Ada situasi di mana pasukan terpaksa meredah air separas pinggang dan membawa mangsa warga emas menggunakan pengusung secara manual kerana laluan tidak boleh dimasuki kenderaan biasa.

-TAMAT-

PDF Kenyataan Akhbar
TH Sumbang Ambulans 4x4, Perkukuh Misi Kecemasan Dan Bencana

"Tabung Haji adalah Institusi Pelapor dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001"

Alhamdulillah, portal ini telah dilawati 0 kali.
Telah dikemaskini pada 26-11-2025

Pelayar yang disyorkan : 
Chrome 30+,  Firefox 30+,  Safari 7+,  Internet Explorer 10+

 Portal ini boleh dilayari menggunakan desktop dan telefon pintar. Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi minimum 1366x768.

Polisi TH

Notis Privasi TH
Dasar Privasi Portal TH
Terma & Syarat
Dasar Keselamatan
Hak Cipta Terpelihara

Penafian:

Hak cipta laman web rasmi Lembaga Tabung Haji (“TH”) dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, logo dan susunannya, dan bahan-bahan di dalamnya dimiliki oleh TH melainkan dinyatakan sebaliknya. Tiada bahagian atau bahagian laman web ini boleh diubahsuai, disalin, diedarkan, dihantar semula, disiarkan, dipaparkan, diterbitkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindahkan, dijual atau dijual secara komersil dengan apa-apa cara tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada TH.

Kerajaan Malaysia dan TH tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal TH ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk di dalam portal ini tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen atau syarikat yang disyorkan oleh TH.

Perhubungan & Bantuan

Borang Maklumbalas
Peta Laman
 

Anggota TH

E-Anggota

Media Sosial

Official Facebook TH Official X TH https://www.instagram.com/lembagatabunghaji/ https://www.tiktok.com/@tabunghaji Official TH You Tube Official TH Linkedin