Selasa, 25 November 2025
Simpanan
Adalah dimaklumkan bahawa operasi TH Gerak Padang Besar ditangguhkan buat sementara waktu berikutan keadaan cuaca semasa serta situasi banjir yang melanda kawasan terlibat. Penangguhan ini akan berkuat kuasa sehingga keadaan kembali pulih sepenuhnya.
Pendeposit yang ingin mendapatkan perkhidmatan Tabung Haji disarankan untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian melalui Rakan Strategik TH (Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank Islamic).
Segala kesulitan yang timbul adalah amat dikesali.