No | Soalan | Jawapan |
---|---|---|
Kursus Asas Haji 1445H/2024M | ||
1. | Bilakah Kursus Asas Haji (KAH) akan bermula? | Bermula dari 27 Oktober 2023 sehingga 21 Januari 2024. |
2. | Siapakah yang terpilih untuk mengikuti KAH | Jemputan penyertaan KAH hanya untuk pendeposit yang giliran tunai haji pada 1444H dan 1445H sahaja. |
3. | Bagaimana saya boleh tahu sama ada saya terpilih untuk mengikuti KAH |
Panggilan KAH dihantar melalui SMS dan THiJARI. Bakal Haji juga boleh membuat semakan dengan Pejabat TH berdekatan. |
4. | Dimanakah KAH akan dilaksanakan | KAH akan dilaksanakan secara fizikal di masjid-masjid terpilih seluruh negara. |
5. | Bagaimana saya boleh mengetahui tarikh dan tempat kursus |
Jadual KAH boleh disemak melalui :
|
6. | Berapa jumlah siri KAH yang akan diadakan? | 13 siri. |
7. | Berapa siri akan diadakan dalam seminggu? | 1 siri. |
8. | Adakah TH menyediakan modul/buku untuk rujukan? |
Bakal haji 1444H dan 1445H yang menerima surat panggilan kursus boleh mendapatkan Buku Nota Asas KAH di Pejabat TH Cawangan. Modul KAH juga boleh dimuat turun melalui Laman Web Rasmi TH (https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/bimbingan/nota-kursus-asas-haji-kah) atau di portal e-Bimbingan Haji (https://e-bimbingan.tabunghaji.gov.my/). |
9. | Adakah rakaman KAH disedikan sekiranya saya terlepas sesi kursus? |
Rakaman sesi kursus tidak disediakan. Walaubagaimanapun, bakal jemaah yang terpilih boleh mengulangkaji topik dan modul KAH di Portal e-Bimbingan Haji (https://www.tabunghaji.gov.my/ms/e-bimbingan-haji). |
10. | Adakah KAH pada kali ini dibuka untuk umum yang ingin belajar tentang ibadat haji? | KAH pada kali ini dibuka untuk umum. Namun, keutamaan diberikan kepada peserta yang mendapat surat panggilan kursus. |
IBADAT HAJI 1445H/2024M | ||
11. | Bilakah kebenaran tunai haji bagi rakyat Malaysia akan diumumkan? dan berapakah kuota untuk Malaysia? | TH masih berbincang dan menunggu keputusan Kerajaan Arab Saudi. |
12. | Berapakah bayaran haji pada tahun ini? | TH akan memaklumkan Bayaran Haji untuk 1445H/2024M setelah perbincangan mendalam mengenai kos keseluruhan menunaikan haji tahun ini. |
13. | Adakah SOP dan syarat-syarat pada tahun 1445H/2024M masih diguna pakai pada tahun ini? | Akan dimaklumkan setelah menerima keputusan Kerajaan Arab Saudi berkaitan pelaksanaan haji bagi musim 1445H/2024M. |
14. | Adakah TH menawarkan perkhidmatan badal haji pada tahun ini? |
Tidak. Bermula Musim Haji 1440H/2019M, TH sudah tidak menawarkan perkhidmatan badal haji disebabkan arahan oleh pihak berkuasa Arab Saudi. |