Pelaburan
Hibah Amanah
Hibah merupakan suatu amalan sunat berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya”
(Surah Al-Nisa’: 4);
dan
“….dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya”
(Surah Al-Baqarah: 177)
Lain-Lain
Pelaburan TH tidak hanya tertumpu pada pelaburan yang berlandaskan Ekuiti, Pendapatan Tetap dan Hartanah. TH turut membuat pelaburan strategik dalam pelbagai sektor ekonomi patuh-syariah melalui anak-anak syarikat.
Pelaburan
Aktiviti pelaburan adalah pelengkap kepada kitaran pengurusan simpanan deposit. Deposit yang diterima daripada pendeposit dilaburkan ke dalam aset-aset pelaburan patuh Syariah yang berdaya saing dan dapat memberikan pulangan yang kompetitif pada tahap risiko yang sesuai.
Pelaburan Hartanah
TH giat melabur dalam pasaran hartanah di dalam dan luar negara sebagai langkah mempelbagaikan portfolio pelaburan dalam rangka Strategik Alokasi Aset dan bagi mengaut manfaat daripada kenaikan modal sambil menikmati pulangan stabil dalam jangkamasa panjang.
Tabung Haji Melabur Dalam Hartanah Di Petaling Jaya
PETALING JAYA, 21 Disember 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menandatangani tawaran pembelian sebuah menara pejabat daripada Bukit Damansara Development Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat milik penuh Johor Corporation (JCorp) dengan harga RM147 juta.
Menara VSQ 1 ialah menara pejabat 20 tingkat yang terletak di Petaling Jaya, Selangor dan berfungsi sebagai ibu pejabat QSR Brands, yang mengendalikan rangkaian restoran makanan segera KFC dan Pizza Hut di Malaysia.