Cawangan Baharu TH Kulai Untuk Perkhidmatan Komprehensif Kepada Penduduk Setempat
KULAI, 22 APRIL 2024: Selaras dengan matlamat menyediakan perkhidmatan yang lengkap kepada pendeposit di daerah Kulai, Pejabat Cawangan Tabung Haji (TH) telah berpindah ke premis baharu di Bandar Putra, Kulai, Johor. Majlis perasmian Pejabat Cawangan TH Kulai, Johor telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman semalam.