Pendaftaran Pembekal
- Pembekal yang ingin mendaftar di TH perlu membuat permohonan secara atas talian (online).
- Tempoh sah laku TH adalah tiga (3) tahun dari tarikh didaftarkan.
- Had bidang bagi pendaftaran baru / pembaharuan syarikat adalah maksimum tiga (3) kod bidang sahaja. Bidang yang dipohon hendaklah selaras dengan jenis perniagaan yang didaftarkan di bawah undang-undang organisasi pendaftaran masing-masing (Core Business, Secondary Business & Additional Business).
- Syarikat hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun semasa yang aktif atas nama syarikat untuk tujuan pendaftaran dan pembayaran (sekiranya syarikat memilih untuk bertransaksi dengan TH).
- Bayaran proses pendaftaran sebanyak RM50 (tidak dikembalikan) hendaklah dijelaskan selepas kelulusan.
- Sijil Pendaftaran Syarikat boleh dijana menerusi Portal Pembekal TH dan tempoh sahlaku adalah untuk tiga (3) tahun.
- Pemilik modal / pengarah yang sama dalam dua atau lebih syarikat tidak boleh didaftarkan dalam bidang yang sama.
- Sebarang perubahan / pertukaran berkenaan maklumat syarikat hendaklah dikemaskini dalam Portal Pembekal TH dengan kadar segera. Pihak syarikat adalah bertanggungjawab untuk memastikan maklumat adalah yang terkini dan tepat.
- Syarikat mestilah bebas dan tidak terlibat dalam penggulungan, likuidasi atau pembubaran. TH berhak menyemak/merujuk status syarikat untuk mendapatkan Penzahiran Maklumat Kredit (Credit Information) syarikat (sekiranya perlu).
Saya faham Terma & Syarat di atas.
Seterusnya ke Sistem e-Perolehan.