THRIVE FAQ
Soalan / Question:
14. Adakah anda memberikan makanan ringan semasa mesyuarat?Jawapan / Answer
Makanan ringan juga boleh dipesan melalui katering kami seperti yang disenarai. Sila rujuk nombor 13.
Soalan / Question:
04. Adakah memerlukan sebarang bayaran / deposit semasa pengesahan?Jawapan / Answer
Ya. Bayaran yang akan dikenakan adalah dengan wang pendahuluan sebanyak RM50 (yang akan dikembalikan) dan bayaran permohonan hanya RM50 (tidak akan dikembalikan).
Soalan / Question:
08. Bolehkah kita memilih ruang kerja sendiri?Jawapan / Answer
Boleh, atas dasar yang dahulu didahulukan dan tertakluk pada ketersediaan semasa.
Soalan / Question:
11. Adakah pelawat dibenarkan?Jawapan / Answer
Ya boleh, tertakluk pada terma dan syarat. Pelawat yang menghadiri mesyuarat dan persembahan/acara mesti mendaftar untuk masuk terlebih dahulu.
Soalan / Question:
12. Bagaimana saya hendak membuat tempahan bilik mesyuarat / dewan seminar / dewan acara?Jawapan / Answer
Tempahan bilik mesyuarat / dewan seminar / dewan acara boleh dibuat melalui suite aplikasi kami, bergantung pada ketersediaan semasa.
Soalan / Question:
13. Siapakah katering yang dicadangkan?Jawapan / Answer
Kami mempunyai senarai pilihan katering untuk pelbagai pilihan; sila hubungi pihak kami untuk keterangan lebih lanjut. Sekiranya anda menggunapakai katering luar, akan ada bayaran pentadbiran yang dikenakan iaitu sebanyak RM100.
Soalan / Question:
03. Bagaimana saya boleh memeriksa status permohonan?Jawapan / Answer
Permohonan yang berjaya akan dihubungi melalui e-mel.