MAJLIS TILAWAH AL-QURAN &HAFLAH TAKRIM TAHSIN QIRAAH PERINGKAT TH
Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan satu Majlis Tilawah Al-Quran dan Haflah Takrim Tahsin Qiraah Peringkat TH 2016 di Dewan Besar, Bangunan Ibu Pejabat TH, Kuala Lumpur.
Majlis ini adalah program tahunan bagi memilih Qari dan Qariah terbaik di kalangan anggota TH untuk mewakili TH ke Majlis Tilawah Al-Quran Syarikat–syarikat Korporat Malaysia Peringkat Kebangsaan.