PROGRAM EHSAN TH BAGI NEGERI SABAH DAN SELANGOR
Lembaga Tabung Haji (TH) melalui siri jelajah Program Ehsannya mensasarkan sumbangan berjumlah RM2.2 juta kepada seramai 4,408 asnaf fakir dan miskin di seluruh negara.
TH hari ini menyumbang sebanyak RM315,000 kepada 630 orang asnaf fakir miskin yang terpilih bagi negeri Selangor. dan disempurnakan oleh YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Husin, Ahli Lembaga Pengarah TH.