Program Kecekapan Tenaga & Kelestarian Peringkat TH 2024
KUALA LUMPUR, 5 SEPTEMBER 2024 : TH telah menganjurkan Program Kecekapan Tenaga dan Kelestarian TH sebagai inisiatif memupuk kesedaran warga TH tentang kecekapan penggunaan tenaga secara berhemah bagi kelestarian alam sekitar. Program ini dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Ameen Abdul Wahab, Pengarah Eksekutif Operasi dan turut disaksikan oleh YBrs. Tuan Koh Keng Sen, Ketua Pegawai Operasi Sustainable Energy Development Authority (SEDA).