Korporat
Karnival Al-Falah Madani Indera Mahkota, Pahang Sempena Maal Hijrah 1447H
KUANTAN, 28 Jun - Karnival Al-Falah MADANI Indera Mahkota menjadi medan penyatuan umat, menolak fahaman ekstrem dan menegakkan kefahaman Islam yang menyemai kasih sayang dan kesejahteraan.
Karnival anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas, berlangsung di Masjid Jamek Beserah bersempena Maal Hijrah dan majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr Mohd Na'im Mokhtar.
KARNIVAL BN JOB FAIR 2012
Siri jelajah Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair 2012 yang berakhir di Pusat Dagangan Dunia Putra telah mendapat sambutan menggalakkan menerusi kunjungan hampir 100,000 orang dari seluruh negara sepanjang program berkenaan berlangsung. Lembaga Tabung Haji tidak ketinggalan menyertai Karnival BN Youth Job Fair 2012 yang diadakan bermula pada 16 November sehingga 18 November 2012. Majlis perasmian karnival tersebut disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, YB.
Karnival I-Korporat Peringkat Kebangsaan Tahun 1439H/ 2017M
Sekretariat Dakwah JAKIM dengan kerjasama syarikat-syarikat korporat termasuk Lembaga Tabung Haji, Bank Islam, Syarikat Takaful Malaysia dan lain-lain telah menganjurkan Karnival I-Korporat Peringkat Kebangsaan Bagi Kali ke-3 Tahun 1439H/2017M bertempat di TH Hotel Alor Setar, Kedah.
KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN MARA 2016
Lembaga Tabung Haji (TH) menyertai Karnival Kerjaya dan Keusahawanan MARA 2016 di Hotel Premiera yang berlangsung selama dua hari bermula 8 Oktober 2016 (Sabtu) dan berakhir pada 9 Oktober 2016 (Ahad).
Antara agensi yang turut serta adalah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Permodalan Nasional Berhad, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Celcom.