
KUANTAN, 28 Jun - Karnival Al-Falah MADANI Indera Mahkota menjadi medan penyatuan umat, menolak fahaman ekstrem dan menegakkan kefahaman Islam yang menyemai kasih sayang dan kesejahteraan.
Karnival anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas, berlangsung di Masjid Jamek Beserah bersempena Maal Hijrah dan majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Hadir sama YBrs Tuan Haji Mustakim Mohamad, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH bersama ketua-ketua agensi di bawah menteri di jpm (hal ehwal agama).
Anggota TH Pahang turut serta dengan membuka kaunter bergerak semasa karnival berlangsung.
