Balai Berita

2019

Ogos 2019

28 Ogos 2019
BeritaHaji
Pejabat TH Negeri Selangor telah mengadakan sesi ziarah ke rumah waris jemaah haji yang meninggal dunia di Tanah Suci Makkah iaitu Allahyarhamah Walas binti Kusaini. Ziarah dilakukan pada pukul 3.00 petang bertempat di Sekinchan, Selangor.
27 Ogos 2019
BeritaHaji
Wakil-wakil dari pejabat TH Negeri Perak dan cawangan Tapah telah mengadakan ziarah ke rumah Yasmin Fatin binti Dean, waris kepada Allahyarhamah Norzaliah binti Uda Mat Sahid, 65 tahun, jemaah haji yang meninggal dunia di Tanah Suci Makkah pada 22 Ogos lalu
27 Ogos 2019
BeritaHaji
Kunjungan ziarah wakil TH Negeri Selangor ke kediaman keluarga Allahyarham Dzulkafli bin Birin, 66, jemaah ke-12 yang meninggal dunia di Tanah Suci Makkah pada 18 Ogos lalu ke Taman Desa Pelangi, Hulu Langat telah disambut oleh waris Allahyarham, Dzidatul Fazlin Dzulkafli pada jam 10:00 pagi.
26 Ogos 2019
BeritaHaji
Waris kepada Allahyarhamah Hajijah @ Sahan binti Saini yang meninggal dunia di Makkah pada 19 Ogos lalu diziarahi oleh wakil dari Pejabat TH Sarikei bertempat di Kampung Tuie Spaoh, Betong, Sarawak pada jam 1:00 petang.
25 Ogos 2019
BeritaHaji
Satu sesi ziarah yang dihadiri oleh wakil-wakil Pejabat TH Negeri Johor dan Cawangan Muar telah diadakan di sini pada hari ini.
24 Ogos 2019
BeritaHaji
Waris kepada jemaah keenam yang meninggal di Tanah Suci, Allahyarham Abdul Razak bin Yahaya, 64 tahun, telah menerima kunjungan ziarah daripada Pengarah TH Negeri Kedah, Tuan Haji Nawawi Ishak di Sungai Ular, Kulim hari ini
22 Ogos 2019
BeritaHaji
TH Negeri Terengganu  hari ini menziarahi waris  Allahyarham Deraman @ Aripin bin Mamat, 73 tahun yang meninggal dunia di Makkah pada 21 Ogos lalu,  bertempat di kediaman keluarga Allahyarham di No A-93, Taman Perumahan Wakaf Tengah, Kuala Terengganu.
22 Ogos 2019
BeritaHaji
Pejabat TH Negeri Pahang semalam telah  mengadakan sesi ziarah ke rumah waris jemaah haji yang meninggal dunia di Tanah Suci Makkah pada 11 Ogos lalu, iaitu Allahyarhamah Faridah Abdul Latip, 65 tahun. Ziarah dilakukan pada pukul 3.00 petang bertempat di Kuala Rompin, Pahang.
22 Ogos 2019
BeritaHaji
Pejabat TH Negeri Kedah hari ini mengadakan sesi ziarah ke rumah waris jemaah haji yang meninggal dunia di Tanah Suci Makkah pada 16 Ogos lalu, iaitu Allahyarhamah Putih binti Hashim, 69 tahun. Ziarah dilakukan pada pukul 10.00 pagi bertempat di Alor Janggus, Alor Setar Kedah.
19 Ogos 2019
BeritaHaji
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyambut ketibaan kumpulan pertama Jemaah Haji Malaysia dari tanah suci bagi Musim Haji 1440H/2019M di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).