Balai Berita

2019

Ogos 2019

7 Ogos 2019
BeritaHaji
Waris kepada Allahyarhamah Bidah binti Samat, jemaah haji yang meninggal dunia di Tanah Suci pada 05 Ogos lalu telah menerima kunjungan ziarah daripada wakil pejabat TH Negeri Kelantan , bertempat di kediaman keluarga Allahyarhamah di Taman Kobena Pasir Puteh
7 Ogos 2019
BeritaHaji
Kunjungan ziarah wakil Pejabat TH Negeri Sabah ke kediaman keluarga Allahyarhamah Liah binti Gonong @ Abd Rakam, jemaah yang telah meninggal dunia di Tanah Suci Makkah pada 03 Ogos lalu ke Kampung Linau, Kota Belud telah disambut oleh Encik Safran bin Sabdani, waris kepada Allahyarhamah. Ziarah tersebut turut dihadiri Imam Qariah Kampung Linau, Ustaz Maksul.
6 Ogos 2019
BeritaHaji
TH Negeri Terengganu hari ini melaksanakan Program Ziarah Waris Jemaah Haji dari Terengganu yang meninggal dunia iaitu Allahyarham Yahya Mamat @ Hamzah Mohamad, bertempat di kediaman keluarga Allahyarham di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu.
5 Ogos 2019
BeritaHaji
Wakil-wakil pejabat TH Negeri Johor pada hari ini melaksanakan Program Ziarah waris Allahyarham Moksem bin Ahmad, jemaah haji yang berlepas melalui penerbangan KT11J yang meninggal di Tanah Suci Makkah, bertempat di kediaman keluarga Allahyarham di Kampung Parit Terus Sanglang, Pontian.
4 Ogos 2019
BeritaHaji
Lembaga Tabung Haji hari ini menganjurkan Majlis Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Ke Tanah Suci Bagi Musim Haji 1440H/2019M di Dewan Mentari, Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA hari ini. 

Julai 2019

26 Julai 2019
BeritaHaji
Dimaklumkan pada hari ini,  TH Negeri Kelantan  melaksanakan Program Ziarah Waris Jemaah Haji (JH) yang meninggal dunia di Tanah Suci, iaitu Allahyarham Ismail bin Yaacob, KT15B (kematian kedua di TS), bertempat di kediaman keluarga allahyarham di No. 18, Kg Telaga Papan Semerak, 16700 Cherang Ruku, Pasir Puteh Kelantan. 
25 Julai 2019
BeritaHaji
Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Sarawak (bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Islam Sarawak) hadir mewakili Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg  mengucapkan selamat jalan kepada 150 orang jemaah haji Negeri Sarawak di Bay 9, Aras 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak. 
25 Julai 2019
Kenyataan AkhbarKorporat
25 Julai 2019
BeritaHaji
Pejabat TH Negeri Melaka hari ini mengadakan sesi ziarah ke rumah waris jemaah haji yang meninggal dunia di Tanah Suci Makkah iaitu Allahyarham Mastam bin Rais, 78 tahun.