TH Umum Agihan Keuntungan Selepas Zakat Kompetitif Tahun 2021
KUALA LUMPUR, 24 Feb 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.10 peratus (selepas zakat) yang akan memberi manfaat kepada lebih 8.4 juta pendepositnya bagi tahun 2021 melibatkan jumlah agihan sebanyak RM2.46 bilion. Jumlah keuntungan yang diagih bagi tahun 2021 adalah RM219 juta lebih tinggi berbanding RM2.24 bilion yang telah diagih bagi tahun kewangan 2020.