Corporate
TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN MELAKA
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM1,55juta bagi tahun kewangan 2015 kepada Zakat Melaka dalam satu majlis ringkas di Dewan Sri Utama, Pejabat TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka.
TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN NEGERI JOHOR
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM4.6juta bagi tahun kewangan berakhir 2015 kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ).
Pembayaran zakat perniagaan TH telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor di Istana Pasir Pelangi..
TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN NEGERI SABAH
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM1.05juta bagi tahun kewangan 2015 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di Istana Kota Kinabalu.
Pembayaran zakat perniagaan TH telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin. Pembayaran ini mencatatkan peningkatan sebanyak 0.4 peratus berbanding RM1.04juta (2014).
TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN NEGERI SEMBILAN
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM1,96juta bagi tahun kewangan 2015 kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) dalam satu majlis ringkas di Istana Hinggap Seremban, Negeri Sembilan.
TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN PAHANG
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM2.78juta bagi tahun kewangan 2015 kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dalam satu majlis ringkas di Istana Abdul Aziz, Kuantan.
Pembayaran zakat perniagaan TH telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH kepada Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah merangkap Yang Dipertua MUIP
TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN PERLIS
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM 606,621.99 bagi tahun kewangan 2015 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Isitiadat Melayu Perlis dalam satu majlis ringkas di Istana Arau, Perlis.
TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN PULAU PINANG
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM2.13juta bagi tahun kewangan 2015 kepada Zakat Pulau Pinang dalam satu majlis ringkas di Seri Mutiara.
Pembayaran zakat perniagaan TH telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Pembayaran ini mencatatkan peningkatan sebanyak 4.37 peratus berbanding RM2.04juta (2014)