TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN RM5.63 JUTA KEPADA WILAYAH PERSEKUTUAN
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir pada tahun 2014 berjumlah RM 5.63 juta kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dalam satu majlis di Pejabat Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.