Kelebihan

  1. Pemberi Hibah Amanah bebas menghibahkan Harta Hibah yang dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati termasuk individu bukan muslim.
  2. Pemberian Hibah Amanah adalah tidak tertakluk kepada Hukum Faraid. Oleh yang demikian, sesiapa sahaja layak menerima Harta Hibah.
  3. Harta yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak boleh dituntut oleh waris-waris lain mengikut Hukum Faraid.
  4. Sebagai satu alternatif atau penyelesaian bagi pembahagian harta bagi saudara baru/ mualaf yang tidak mempunyai waris beragama Islam atau kepada anak angkat.
  5. Pemberi Hibah Amanah masih boleh menikmati faedah atau manfaat harta yang telah dihibahkan selagi Pemberi dan Penerima Hibah Amanah masih hidup.