
SARAWAK, 14 Oktober 2025 - TH telah melunaskan zakat bagi pihak pendeposit untuk tahun 2024 dengan menyerahkan sebanyak RM1,927,359.46 kepada Majlis Islam Sarawak (MIS) salam satu majlis yang diadakan di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), Kuching.
Replika cek zakat diserahkan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Na’im Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada YBhg. Datuk Haji Misnu bin Hj Taha, Yang DiPertua Majlis Islam Sarawak yang disaksikan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.
Penyerahan zakat ini bukan sekadar tanggungjawab kepada pendeposit, tetapi adalah bukti kesungguhan TH dalam memastikan setiap sen amanah pendeposit terus memberi manfaat kepada masyarakat Islam, khususnya di bumi Sarawak ini.
